Memaparkan catatan dengan label MUTIARA ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUTIARA ILMU. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mei 2015

☆☆☆Motivasi untuk kekuatan diri kita..☆☆☆




Assalamualaikum...
Selamt Pagi dan Salam Sejahtera....

Semoga awal pagi kita ini permulaan kebaikkan,
Pertengahannya satu kemenangan dan
Kesudahan hari kita satu kejayaan dalam redhaNYA...
Izinkan Ya Allah...Aamiin.


☆☆☆Motivasi untuk kekuatan diri kita..☆☆☆

☆Kunci Kejayaan dalam kehidupan adalah keinginan.

☆Kuncinya adalah keinginan yang membara dalam diri.
   Dan keinginan untuk meningkatkan ‘nilai’ diri anda dari semasa ke semasa.

☆Memang tidak dinafikan,
   Perjalanan menuju ke arah kekayaan yang kita inginkan tidak semudah yang disangka.
   Kita perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain.
   Kita perlu pilih sama ada kita mahu gunakan senjata yang baik ataupun buruk untuk bersaing
   dengan orang lain.
   Jika dilakukan dengan cara yang baik kita sendiri yang akan mendapat manfaatnya.
   Begitulah juga sebaliknya.

☆Berusahalah dengan sedaya upaya dan penuh yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu kita.
   Jangan pernah merasa cepat berputus asa.
   Orang yang cepat berputus asa adalah orang yang sangat rugi.
   Jika kita melihat ramai orang yang telah berjaya,
   Kita juga pasti boleh berjaya seperti mereka juga.
   Setelah gigih berusaha,
   Iringi usaha kita itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang maha berkuasa    untuk menentukan segalanya.

☆Kejayaan dan kemewahan pasti akan datang kepada manusia yang yakin dan sentiasa mahu  
    mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
   Setiap hari lakukan perancangan dan mula untuk mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik.
   Ucapkan selamat tinggal kepada kegagalan,
   Selamat datang kejayaan.

☆Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat.
   InsyaAllah ...
   Kejayaan sebenarnya pasti akan menjadi milik kita.


#LandskapKehidupanIndahSTG
#MilionAchiever

Kita Adalah Apa Yg Kita Fikirkan



Assalamualaikum sahabat hati...
Salam kejayaan,
Salam ukhwah buat semua...

Sahabat...kita adalah apa yg kita fikirkan...
Sekiranya kita pernah jatuh, kita pernah gagal...bangkitlah semula...
Kerana tnpa bangun semula, kita tak mungkin tiba ke destinasinya...

Alang2 jatuh, alang2 luka, biar smpai ke puncak..

Cuba kita renungkan sejenak...yg mana pilihan kita...

1) Kita jatuh...Luka..parut & sakitnya masih terasa...
    Kita berhenti...kesakitan tetap dirasai...parut tidak akn hilang...

2) Kita jatuh...Luka..parut & sakitnya masih terasa...
    Tp kita bangun semula...teruskan melangkah...
    Akhirnya kita akn tiba ke destinasi kejayaan...

Maka berbaloi & terbayar kesakitan & parut yg kita alami dulu...

Sy memilih situasi ke 2...bagaimana pula anda??

Pilihan d tangan kita...
Teruskan bertindak...cari & galilah ilmu drpd semua mentor2 yg ada...
Kita buat, kita dapat...
Kita x buat, kita tgk org lain dpt...

Bertemu anda di puncak kejayaan


#LandskapKehidupanIndahSTG
#MilionAchiever

Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru Buat Semua Guru




Assalamualaikum sahabat hati...

Selamat hari guru buat semua guru &
Semua guru2 tusyen biz online STG...

Sahabat...
Dlm setiap apa yg kita lakukan...
jangan sesekali kita mengalah...
Kerana bahagian yg paling sukar adalah bahagian yg terawal...

Bahagian seterusnya akn menjadi mudah...
Jadi, kita hnya perlu bersabar &
Kuat utk menghabiskan chapter pertama sahaja...

Teruslah berjuang sahabat!!
Bertemu anda d puncak kejayaan!!!


#LandskapKehidupanIndahSTG
#MilionAchiever

Sabtu, 18 April 2015

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.

Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka.

Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka.

Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.

Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri.

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.

Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang.

Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup.

Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh.

Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganja
ran pahala kebaikan..

~~JAMBATAN YANG PALING AKU TAKUT~~
-- JAMBATAN PALING PANJANG DAN LAMA UNTUK DILALUI OLEH SEMUA ORANG.

Jambatan titian sirat yg lebarnya hanya sehelai rambut yg dibelah tujuh dan tajamnya lebih daripada mata pedang . Dibawahnya terbentang NERAKA dan disebelahnya terbentang SYURGA yg luas . Diceritakan bahawa , untuk merentasi titian mengambil masa 15000 tahun . 5 ribu tahun menaik , 5 ribu tahun mendatar , dan 5 ribu tahun menurun .
# Share la dpt pahala mengingatkan sesama agama ,, tdak kira agama ape .

^^ 7 petala langit , 7 petala bumi , 7 lautan , 7 hari , 7 syurga , 7 neraka , 7 baris surah dalam al-fatihah , 7 bukan nombor sebarangan . :')

Seandainya jenazah itu mampu bangun dan menceritakan sakaratulmaut dan azab kubur, sudah pasti kita akan 24 jam di atas sejadah.

Khamis, 9 April 2015

☆8 Sikap Bijak Yang Ada Pada Jutawan Usahawan Sejati.☆

Assalamualaikum dan selamat pagi buat penggunjung Aurajemariku semua

Sambut mentari pagi dgn hati yg bersih, Fikiran yg positif,
Jiwa yg tenang dan minda yg luas utk menerima segala yg positif..

Tenang Pasti Menang!!

Sedikit perkongsian dr Sahabat aka Mentor STG hasil pembacaan beliau..
Semoga dapat kita amalkan utk terus hebat bahagia kaya berjaya..

☆8 Sikap Bijak Yang Ada Pada Jutawan Usahawan Sejati.☆

Kebanyakan jutawan mempunyai sikap-sikap yang sama antara satu sama lain.

1) MULAKAN SETIAP HARI ANDA SEBELUM TERBIT MATAHARI

“Ia amat mengujakan jika kita dapat siapkan urusan kita awal-awal pagi”

Setiap pagi tersebut adalah amat penting bagi beliau yang mana waktu tersebut digunakan untuk menghubungi kenalan beliau.

“Kita semua ada ramai dan banyak “network”. Dan kebanyakan kita tak kisah untuk menghubungi mereka walaupun hanya untuk bertanya khabar sebaliknya bila perlukan mereka baru nak hubungi mereka. Ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk kembangkan “network” kita.”-Jutawan Peter Shankman

2).MEMBACA SETIAP HARI.

“Nilai untuk sentiasa belajar diterapkan oleh ibu bapa saya, dan membaca adalah komponen terbesar untuk pembelajaran sepanjang hayat”-Jutawan Russel Sarder

3) KELUAR DARI ZON SELESA

“Anda tidak boleh benarkan ketakutan menguasai diri,Untuk berjaya, anda perlu lakukan banyak perkara di luar zon selesa anda secara biasa”-Jutawan Jennifer

4)DAPATKAN 2 JAM WAKTU DAMAI SETIAP HUJUNG MINGGU

“Saya dapati, saya dapat memikirkan tentang kehidupan saya, dan juga hala tuju perniagaan saya semasa mendaki. Hanya biarkan fikiran saya melayang” Begitu juga bagaimana saya dapat ilham untuk menghasilkan Buku Bestseller saya, “Your Marketing Sucks” .Kepada yang rasa mereka terlalu sibuk, Atan ada jawapannya. “Saya percaya, seperti Einstein, masa itu boleh dibengkokkan. Anda boleh buat apa sahaja dengan masa anda. Jikalau anda tiada masa untuk bermimpi mencapai cita-cita anda, anda berada dalam masalah yang sangat besar”-Jutawan Mark Stevens (atan)

5)SENTIASA BERJIMAT.

Usahawan perlu bekerja keras pada awal perniagaan. Tapi apa yang berlaku selepas mereka mendapat Satu Juta pertama mereka?
“Setiap tahun saya lihat banyak syarikat yang berbelanja sakan bagai nak gila. Selepas itu mereka jatuh muflis. kata Craig yang mesra dengan panggilan Epul. Itu adalah takdir yang mereka cuba elakkan sejak mula menjadi usahawan.
“Saya tak pernah berhutang” jelas Epul. “Kad kredit, pinjaman kereta dan lain-lain — semuanya saya selesaikan serta merta, jadi saya tak perlu bayar interest (riba). Saya hanya beli benda yang saya perlu beli sahaja.-Jutawan Craig Wolfe

6) JANGAN PERNAH BERHENTI BELAJAR.

“Saya sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan diri saya dan bisnes. “Lagi banyak saya belajar, lagi banyak saya sedar apa yang saya tidak tahu, jadi saya seronok belajar daripada orang lain”, kata beliau bersungguh-sungguh-Jutawan Stacy Pursell

7) SENTIASA BERMOTIVASI

“Setiap usahawan ada hari yang mereka down giler atau hari yang buat benda semua tak jadi”

Penyelesaian Fadhil?
Mudah sahaja, subscribe dan baca blog & email yang sentiasa memberi inspirasi dan kata-kata hikmah beberapa kali sehari.
Antara yang beliau minati Daily Om, TUT, Goal Setting Guide, dan MyDailyInsights.

“Sikap ini bermula pada satu hari di mana saya sedar yang kejayaan datang dengan banyak kegagalan,” kata Fadhil.

“Ia memang tidak diduga. Saya perasan, bila bisnes saya tak menjadi, saya rasa kecewa dan down giler. Jadi saya bina sistem kepercayaan diri, untuk bantu saya terus maju ke hadapan”- Jutawan Kevin Ou (Fadhil)

8) BUAT SATU KEBAIKKAN SETIAP HARI.

“Sejak dulu lagi saya dah boleh bersara dengan gembira dan happy go lucky” terang Ramli yang memperuntukkan 50 peratus pendapatan beliau kepada organisasi kebajikan dan berharap ia dapat menjadi motivasi kepada usahawan lain untuk membantu sedaya upaya mereka. “Tapi, lagi banyak saya jumpa orang yang memerlukan, lagi banyak saya sedar yang komuniti kita, negara kita dan dunia memerlukan kita — dan ini menjadikan saya sentiasa bermotivasi dan inovatif”- Jutawan Ben Federman (Ramli).

Rabu, 1 April 2015

Cuba hasilkan pemikiran positif setiap hari





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,





Usah risau tentang pemikiran negatif dan 

jangan cuba untuk mengawalnya.

Apa yang anda harus lakukan adalah mula fikir

tentang suatu yang baik-baik setiap hari.


Hasilkan pemikiran positif sebanyak mungkin setiap hari.

Ketika anda mula untuk fikirkan suatu yang baik, 

anda akan menarik lebih banyak pemikiran yang baik-baik

kepada anda dan akhirnya, pemikiran positif ini akan

membuang semua pemikiran negatif yang sedia ada.


Mudah saja kan...


Semoga anda lebih bahagia, kaya & berjaya!





Khamis, 19 Mac 2015

Sentiasa Mohon Kepada Nya


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Apa yang kita perlu lakukan adalah memohon kepada Nya
dengan berdoa dan percaya serta yakin yang doa kita akan dimakbulkan.
Percaya bahawa kita akan dapat apa yang kita inginkan.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pemberi.


Usah peduli bilakah permintaan kita itu akan dimakbulkan.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Kita hanya terus berdoa tanpa henti.
Apabila kita berdoa dan yakin, kita telah menyerahkan kepada Nya.
Dia yang akan menentukan segalanya.


Mudah-mudahan doa kita diterima oleh Nya.

Wassalam.



Isnin, 16 Mac 2015

........Surat Cinta Tentang Solat".........



  • Bila engkau anggap solat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.   

  • Bila kau anggap solat hanya sebuah kewajipan, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..

  • Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.
  • Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.
  • Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.
  • Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.

  • Bayangkan ketika "azan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya.

  • Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

  • Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhan-Nya.

  • Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".

  • Bayangkan ketika kau "duduk di antara dua sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam apabila ada yang mengusikmu".

  • Bayangkan ketika kau memberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...

  • Subhanallah sungguh nikmat solat yg kita lakukan.

Tidak sia - sia yg menyebarkan nya,
Tidak rugi org yg membacanya,
Beruntunglah org yg mengamalkannya.
ILMU IMAN AMAL
Wassalam





Ahad, 8 Mac 2015

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadits (ISLAM)




1.Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah .Dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah saw di dalam syurga);
Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah 

5.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu;

7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah surga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Wanita yang taat berkhidmat kepada 

10.suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga. Masuklah dari mana saja pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11.Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya serta menjaga salat dan puasanya

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam surga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19.Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.   #ISTIMEWANYA.SEORANG.PEREMPUAN

Jumaat, 6 Mac 2015

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR



Baca Ni... Jgn Lupa Kongsi...

Rahsia Surah Alkautsar 





Surah Ini Paling Pendek,
Ianya Mengandungi 3 Ayat Dan Diturunkan Di Makkah 
Dan Bermaksud Sungai Di Syurga, 
Kolam Sungai Ini Diperbuat Daripada Batu Permata Nan Indah Dan Cantik. 
Rasanya Lebih Manis Daripada Madu, 
Warnanya Pula Lebih Putih Daripada Susu Dan Lebih Wangi Daripada Kasturi.

Surah Ini Disifatkan Sebagai Surah Penghibur Hati Nabi Muhammad
Kerana Diturunkan Ketika Baginda Bersedih Atas Kematian Dua Orang Yang Dikasihi 
Iaitu Anak Lelakinya Ibrahim Dan Bapa Saudaranya Abu Talib.

Berbagai Khasiat Terkandung Di Dalam Surah Ini Boleh Diamalkan :
♥ Baca Surah Ini Ketika Hujan Turun Dan Berdoa, 
Mudah-Mudahan Allah S.W.T Memakbulkan Doa Kita.

♥Jika Kita Kehausan Dan Tiada Air, 
Bacalah Surah Ini Dan Gosokan Di Leher, Insya Allah Hilang Dahaga

♥Jika Sering Sakit Mata, Seperti Berair, Gatal, Bengkak, Sapukan Air Mawar Yang Sudah Dibacakan Surah Ini Sebanyak 10x Pada Mata.

♥Jika Rumah Dipercayai Terkena Sihir, Baca Surah Ini 10x Mudah-Mudahan Allah S.W.T Bagi Ilham Kepada Kita Dimana Letaknya Sihir Itu.

♥Jika Membacanya 1000x Rezeki Kita Akan Bertambah.
♥Jika Rajin Membacanya, Hati Kita Akan Menjadi Lembut Dan Khusyuk Ketika Menunaikan Solat.

♥Jika Orang Teraniaya Dan Terpenjara Membacanya Sebanyak 71x, Allah S.W.T Akan Memberikan Bantuan Kepadanya Kerana Dia Tidak Bersalah Tetapi Dizalimi.

(Ada 2 Pilihan Untuk Anda)
1) Biarkan Didalam Ini Tanpa Bermanfaat Untuk Orang Lain.
2) Anda Sebarkan Kepada Semua Kenalan Anda.

Rasulullah Bersabda, 
Barang Siapa Menyampaikan Satu Ilmu Saja 
Dan
Ada Orang Yang Mengamalkan, 
Maka Walaupun Yang Menyampaikan Sudah Tiada (Meninggal Dunia) 
Dia Akan Tetap Memperoleh Pahala. 
          
Selamat Beramal...Pinjam 3 Minit Utk Baca Ni...
Jgn Lupa Kongsi.

    اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ        
                                                                                                                                           

Hantar Ke Semua Group Contact .
Anda Akan Membuat Beribu , 
Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W.



Ya Allah.....Ampunilah kami...





Ya  Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit, 
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..


Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami, 
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..


Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu... 
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.


Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..


Ya Allah.. 
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami..


Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat. Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Selasa, 3 Mac 2015

Tips Kejayaan...

Sebenarnya banyak kisah kejayaan dari individu yang kesempitan dan kesusahan...

... tetapi dapat mencipta kejayaan.

Jadi jika anda berfikir yang anda tak mampu melakukannya...

samada kerana tak cukup modal, atau kerana tiada masa, adalah karut semata-mata.

Jika anda berfikir, dan duduk dalam keadaan tenang, anda boleh mencari jalan.

Kejayaan bukan datang sekali harung.

Ia datang setiap hari dalam bentuk kejayaan-kejayaan kecil.

Setiap masalah anda, mesti difikirkan dan diselesaikan langkah demi langkah.

InsyaAllah bila disusuli doa dan perbuatan, kejayaan yang dijanjikan boleh dicapai.

Nukilan...Faisal 
CEO & Founder
NasihatNiaga.com

Jumaat, 27 Februari 2015

Tip Kekal Positif Di Waktu Susah





Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kita semua tahu bahawa kehidupan ini ada turun naiknya,
ada masa baik dan ada masa kurang baik.
Bukan mudah kita nak harungi zaman kesusahan lebih-lebih lagi jika ditimpa musibah.

Bukan senang untuk kita sentiasa kekal positif dalam semua keadaan.
Namun kita perlu berusaha ke arah yang lebih positif.

Berikut adalah tip positif yang boleh diambil jika berada dalam keadaan yang kurang baik:

1) Sentiasa menuju ke hadapan

Apabila menghadapi masalah kewangan, jangan berputus asa. Cari penyelesaian terbaik yang anda fikirkan ia boleh membantu anda. Jangan berhenti berusaha. Jika anda berhenti, anda akan mati…
Terus melangkah ke hadapan, walau apa pun rintangan yang ada.


2) Fokus kepada peluang

Ramai Jutawan telah dilahirkan semasa kegawatan ekonomi. Setiap musim memberikan peluang tersendiri dan orang yang pandai mengambil peluang akan menang. Mereka menggunakan minda dengan dengan cara berbeza. Satu caranya adalah dengan memberi sumbangan kepada masyarakat. Sesiapa yang banyak menyumbang, mereka akan dapat manfaatnya, tidak kira walau apapun keadaaan.


3) Memandang masa hadapan

Kenalpasti visi anda untuk melihat kejayaan dalam kewangan anda. Mulakan perancangan untuk meningkatkan pendapatan dan tahap kewangan anda. Apa saja yang anda lakukan, jangan melihat kesilapan yang telah anda lakukan dulu  dan sekarang. Sentiasa berimaginasi untuk kejayaan pada masa hadapan anda.


Semoga anda lebih Bahagia,  & Berjaya.


Wassalam.



Ahad, 8 Februari 2015

BERSYUKURLAH....

Mesti ramai yang berfikir...bila banyak duit… maka kita akan happy.

Tapi itu satu kenyataan ..jauh tersasar.

Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.

Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.

Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.

Persoalannya? bagaimana nak happy?

Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali.
Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang:

Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan)
Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta)
Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)

Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.

Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini.
Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda, yang kita tak sedari.

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.

Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.

Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.

Jangan pandang rendah pada ayat "Don't Worry, Be Happy!"

Sabtu, 31 Januari 2015

11 Ilmu Keibubapaan



Di majlis ilmu parenting bersama ustaz pahrol mohd joi surau al kauthar s4 bdr baru bangi. 
1 jan 2015.

Antara perkongsiannya:
1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. 
Tgk lah betapa sukar kita nk didik diri sendiri utk istiqamah solat awal waktu, solat berjemah, 
bc quran sekurang2nya semuka sehari, puasa isnin khamis dsbnya..
tambah2 lagilah utk mendidik org lain..maka bersabarlah dlm mendidik.
Dlm byk keadaan matlamat kita utk ank2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan..walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. 
    Panggil nama anak dgn nama yg baik sbb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd ank. 
   Jd hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. 
   Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. 
   Sesungguhnya lebih SUKAR didik ank jd BAIK drp didik ank jd CERDIK.

5. Anak bkn milik kita tp amanah kpd kita. 
    Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. 
    Jgn bw ank2 kpd kita, bwlah ank2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn ramadhan sbb ibu adalah madrasah ank2 dan ramadhan adalah madrasah ummah. 
    Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. 
    Doa ibu lebih mustajab dr doa ayah kerana sygnya lebih berakar kpd ank drp ayah.
    Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) 
    sepenuh hati.

7. Pendidikan ank2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.
    Yg sudah berkahwin dan ada ank2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan..
    Didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn al quran. Ibnu sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. 
    Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah didik oleh ibu yg hafizah.
    Kita bkn hafiz..tp pastikanlah ank2 sekurang2nya kenal huruf alquran melalui kita. 
    Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd ank2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd ank2. 
    Skrg ni ank2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dr ibu bapanya. 
    Anak remaja lebih percaya kawan dr ibu bapanya..akhirnya ibu bapa hilang  pengaruh kerana dunia
    tp sempadan amat besar pengaruhnya. Tingkatkanlah pengaruh dr rasa percaya dan kepercayaan. 
    Dlm rmhtangga,  dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. 
    Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya..
    Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik ank2 kita. 
    Bantulah ank2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. 
   Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan 
   sunat.

10. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan sprt sedekah banjir dsbnya sbg tawasul ank2 menjadi baik. 
     Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

11. Sayangilah anak2 kerana kita syg dia bkn krn syg diri kita. 
      Cth: kita jadikan ank2 kuda lumba utk kebanggaan kita. 
      Ank dpt result yg baik terus ruar2kan..ank yg x dpt elok diamkan dan dimarah krn memalukan 
     kita.. jgn membezakan ank2 yg pandai dgn yg kurang pandai..

    Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama.


Khamis, 29 Januari 2015

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat?     
   
Amin: Mak saya beri 30sen sehari  Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa .

Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah.
Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya ..        

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?         

Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja.

"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg..

Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.

Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan  yasiin..

#SHARE lah eh. .mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....

Selasa, 27 Januari 2015

~ MOTIVASIKAN DIRIMU ~



Siapakah pendorong yang baik untuk anda? 
Pendorong terbaik adalah diri anda sendiri. 

Hanya diri anda sahaja yang boleh mengubah siapa anda di masa sekarang 
Dan siapa anda pada masa hadapan.

Peristiwa yang telah berlaku, 
biarkan ia nya jadi pengalaman yang akan membuatkan anda lebih tabah dan matang dalam kehidupan yang mendatang. 

Maka, 
Motivasikan lah dirimu…

Berikut merupakan ayat-ayat motivasi untuk diri sendiri:

- Hidup ini terlalu indah, nikmatilah..

- Ingat, bahawa anda tidak pernah bersendirian.

- Tiada siapa yang boleh mengubah siapa anda, kecuali anda sendiri

- Tindakan lebih penting daripada kata-kata yang sia-sia

- Jangan berhenti katakan pada diri sendiri yang anda juga Boleh

- Putus asa adalah sia-sia, mengapa harus mensia-siakan hidup anda?

- Hargai hidup anda, lakukan yang terbaik bukan menyesali kehidupan

“Jika mereka boleh, kenapa saya tak boleh?”

- Lakukan perkara yang baik, pasti semuanya akan jadi baik-baik

- Berprasangka baik

- Usaha, usaha, usaha

- Sabar jika ada yang menyakiti anda, Allah kan ada? :)

- Yang paling utama, dekatkan diri dengan Allah :)

Selasa, 20 Januari 2015

Ilmu Keibubapaan




Yer.. leleh dan sebak baca..

Utk para ibu2 tersyg...Dari Prof Muhaya 

Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... 
Yang Baru jadi parent semula.... 
Sama2 kite amalkan.... 
Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.
Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. 
[Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", 
[kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka]
 sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan  share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah


Isnin, 19 Januari 2015

HARTA KEKAYAAN AKAN HABIS NAMUN ILMU TIDAK PERNAH HABIS !!!


Sharing... (coretan seorang pelajar senior di SBP)
A heart rendering story that happened lately...
Assalam... wbt semua...

Tak tahu nak mulakan cerita ni macamana. 
Hari ni 13 Jan 2015 merupakan sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 ke sekolah berasrama penuh. 
Saat diri ini melangkah masuk ke dewan, terpandang seorang pelajar berwajah sugul dan sedikit kepenatan di tengah2 pelajar baharu lain tetapi hanya dia sahaja berbaju t-shirt berkolar warna merah. Matanya hanya memandang keadaan sekeliling kerana kawan2 semua berbaju putih serba baharu.



Percaturan Allah sangat indah. 
Rupanya dialah mentee saya di asrama nanti. 
Tatkala ibu bapa keluarga lain riang gembira mendaftar anak mereka dgn baju dan kasut baharu, 
Bapa pelajar ini menghampiri saya kerana tidak tahu apa perlu dibuat.

Mereka berdua menaiki bas dari Kelantan jam 9 mlm tadi dan sampai di Seremban jam 10 pg, terus ke SM SAINS TUANKU JAAFAR di Kuala Pilah. 
Mereka ini adalah mangsa banjir yang kehilangan segala2nya.
Namun, keazaman dan tekad untuk berjaya mengatasi segala2nya. 
Bertambah sedih apbila dia hanya membwa sebuah beg tarik yang terisi di dalamnya beberapa helai baju dan saya terus berlinang air mata tatkala beg dukung belakang yang dipeluknya itu tiada zip...

Ya Allah😭😭😭... 
Engkau tidak memberi kekayaan harta pada mereka tetapi Engkau memberi kekayaan ilmu pada anak itu... 
Seorang pelajar yang gifted memperoleh 5A dalam UPSR 2014 
Walaupun tinggal di kampung namun dia merupakan pelajar terbaik daerah Kuala Krai, Kelantan.


Setelah selesai pendaftaran, saya membawanya membeli barang kelengkapan. 
Saat di dorm, pelajar lain ditemani ahli2 keluarga, namun tidak baginya, segalanya diuruskan sendiri. 

Tatkala orang lain menggantung baju kemeja, dia hanya menggantung impian sahaja kerana segalanya tidak tersedia untuknya. 
Tatkala ibu bapa pelajar lain memberi wang saku perbelanjaan, 
Namun dia hanya ada wang sumbangan ihsan. 
Ketabahan diri mengatasi kemewahan org lain.

Ibu bapa pelajar lain gajinya 10k namun sukar untuk saya tafsir jumlah pendapatan ayahnya.
Sebak hati ini hanya Allah yang tahu. 
Ayahnya pulang semula ke Kelantan untuk menyambung mencari rezeki, meninggalkan seorang anak sulung yang jauh di mata selepas ini.

Permintaannya akan saya cuba tunaikan kerana ingin bertukar kelas kerana dia terlalu ingin utuk belajar bahasa German.

Sama-sama kita doakan kejayaan pelajar baru tingkatan 1 ini, 
ADIK IZHAR BIN ZAINUDDIN. 
Saya akan jaga kamu seperti adik saya sendiri...

Ya Allah... 
KAU terangilah dan kuatkanlah ketabahan anak ini yang serba serbi kekurangan 
Namun demi tekad dan cita-cita dia sanggup menghadapinya...

HARTA KEKAYAAN AKAN HABIS NAMUN ILMU TIDAK PERNAH HABIS !!!
MUHASABAH DIRI SEKETIKA...😭😭😭

Motivasi Diri

Assalamualaikum.. 
sedikit perkongsian dr ceramah Da'i Farhan..
Jom kita kongsikan bersama..semoga memberi manfaat..
Insyaallah

○ 3 Panggilan yang perlu disambut sepanjang hidup:
- Panggilan Azan
- Panggilan Haji
- Panggilan Ajal

○ Pandai macam mana pun kita dalam ilmu pengetahuan matematik, 
    kita masih tidak dapat mengira jumlah dosa dan pahala.

○ Salah satu hati hendak khusyuk dalam Islam, 
    Apabila dengar azan hatinya berbisik "Allah tengah panggil aku".

○ Salah satu cara hendak khusyuk dalam solat, haruslah khusyuk dahulu wuduknya.

○ Bila dilahirkan, kita diazankan tanpa solat. Bila dimatikan, kita disolatkan tanpa azan.

○ Bila hidup tak datang masjid, dah mati baru nak datang. Datang pun duduk depan Imam.

○ Kalimah masjid disebut sebanyak 27 kali di dalam Al Quran. 
   Dan sebanyak 15 daripada itu dikhususkan dengan menyebut nama masjidnya.

○ Rukun wuduk ada 6, 4 kering dan 2 basah. Yang kering adalah Niat dan Tertib. 
    Yang basah pula adalah muka, tangan, rambut dan kaki.

○ Bila kita nak telefon, tertinggal 1 digit agak mustahil untuk kita membuat panggilan. 
    Begitu juga dengan solat, bila kita tertinggal 1 fardhu, akan terputus panggilan kita dengan 
    Allah swt.

○ Solat itu macam kita online kat Facebook.  Kita boleh luahkan rasa sedih dan doa.

○ Nak tahu keputusan perlawanan bola sepak, kita mestilah tengok minit ke 90, 
   bukannya minit pertama. Begitu juga dengan kebaikan hidup seseorang. 
   Kita haruslah tengok minit2 terakhirnya dan bukannya tengok minit2 
   permulan dan pertengahannya.


Waallahualam. Tolong sebar2kan untuk motivasi diri.