Isnin, 18 Mei 2015

☆☆☆Motivasi untuk kekuatan diri kita..☆☆☆




Assalamualaikum...
Selamt Pagi dan Salam Sejahtera....

Semoga awal pagi kita ini permulaan kebaikkan,
Pertengahannya satu kemenangan dan
Kesudahan hari kita satu kejayaan dalam redhaNYA...
Izinkan Ya Allah...Aamiin.


☆☆☆Motivasi untuk kekuatan diri kita..☆☆☆

☆Kunci Kejayaan dalam kehidupan adalah keinginan.

☆Kuncinya adalah keinginan yang membara dalam diri.
   Dan keinginan untuk meningkatkan ‘nilai’ diri anda dari semasa ke semasa.

☆Memang tidak dinafikan,
   Perjalanan menuju ke arah kekayaan yang kita inginkan tidak semudah yang disangka.
   Kita perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain.
   Kita perlu pilih sama ada kita mahu gunakan senjata yang baik ataupun buruk untuk bersaing
   dengan orang lain.
   Jika dilakukan dengan cara yang baik kita sendiri yang akan mendapat manfaatnya.
   Begitulah juga sebaliknya.

☆Berusahalah dengan sedaya upaya dan penuh yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu kita.
   Jangan pernah merasa cepat berputus asa.
   Orang yang cepat berputus asa adalah orang yang sangat rugi.
   Jika kita melihat ramai orang yang telah berjaya,
   Kita juga pasti boleh berjaya seperti mereka juga.
   Setelah gigih berusaha,
   Iringi usaha kita itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang maha berkuasa    untuk menentukan segalanya.

☆Kejayaan dan kemewahan pasti akan datang kepada manusia yang yakin dan sentiasa mahu  
    mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
   Setiap hari lakukan perancangan dan mula untuk mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik.
   Ucapkan selamat tinggal kepada kegagalan,
   Selamat datang kejayaan.

☆Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat.
   InsyaAllah ...
   Kejayaan sebenarnya pasti akan menjadi milik kita.


#LandskapKehidupanIndahSTG
#MilionAchiever