Assalamualaikum dan selamat pagi buat penggunjung Aurajemariku semua
Sambut mentari pagi dgn hati yg bersih, Fikiran yg positif,
Jiwa yg tenang dan minda yg luas utk menerima segala yg positif..
Tenang Pasti Menang!!
Sedikit perkongsian dr Sahabat aka Mentor STG hasil pembacaan beliau..
Semoga dapat kita amalkan utk terus hebat bahagia kaya berjaya..
☆8 Sikap Bijak Yang Ada Pada Jutawan Usahawan Sejati.☆
Kebanyakan jutawan mempunyai sikap-sikap yang sama antara satu sama lain.
1) MULAKAN SETIAP HARI ANDA SEBELUM TERBIT MATAHARI
“Ia amat mengujakan jika kita dapat siapkan urusan kita awal-awal pagi”
Setiap pagi tersebut adalah amat penting bagi beliau yang mana waktu tersebut digunakan untuk menghubungi kenalan beliau.
“Kita semua ada ramai dan banyak “network”. Dan kebanyakan kita tak kisah untuk menghubungi mereka walaupun hanya untuk bertanya khabar sebaliknya bila perlukan mereka baru nak hubungi mereka. Ini adalah satu perkara yang tidak baik untuk kembangkan “network” kita.”-Jutawan Peter Shankman
2).MEMBACA SETIAP HARI.
“Nilai untuk sentiasa belajar diterapkan oleh ibu bapa saya, dan membaca adalah komponen terbesar untuk pembelajaran sepanjang hayat”-Jutawan Russel Sarder
3) KELUAR DARI ZON SELESA
“Anda tidak boleh benarkan ketakutan menguasai diri,Untuk berjaya, anda perlu lakukan banyak perkara di luar zon selesa anda secara biasa”-Jutawan Jennifer
4)DAPATKAN 2 JAM WAKTU DAMAI SETIAP HUJUNG MINGGU
“Saya dapati, saya dapat memikirkan tentang kehidupan saya, dan juga hala tuju perniagaan saya semasa mendaki. Hanya biarkan fikiran saya melayang” Begitu juga bagaimana saya dapat ilham untuk menghasilkan Buku Bestseller saya, “Your Marketing Sucks” .Kepada yang rasa mereka terlalu sibuk, Atan ada jawapannya. “Saya percaya, seperti Einstein, masa itu boleh dibengkokkan. Anda boleh buat apa sahaja dengan masa anda. Jikalau anda tiada masa untuk bermimpi mencapai cita-cita anda, anda berada dalam masalah yang sangat besar”-Jutawan Mark Stevens (atan)
5)SENTIASA BERJIMAT.
Usahawan perlu bekerja keras pada awal perniagaan. Tapi apa yang berlaku selepas mereka mendapat Satu Juta pertama mereka?
“Setiap tahun saya lihat banyak syarikat yang berbelanja sakan bagai nak gila. Selepas itu mereka jatuh muflis. kata Craig yang mesra dengan panggilan Epul. Itu adalah takdir yang mereka cuba elakkan sejak mula menjadi usahawan.
“Saya tak pernah berhutang” jelas Epul. “Kad kredit, pinjaman kereta dan lain-lain — semuanya saya selesaikan serta merta, jadi saya tak perlu bayar interest (riba). Saya hanya beli benda yang saya perlu beli sahaja.-Jutawan Craig Wolfe
6) JANGAN PERNAH BERHENTI BELAJAR.
“Saya sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan diri saya dan bisnes. “Lagi banyak saya belajar, lagi banyak saya sedar apa yang saya tidak tahu, jadi saya seronok belajar daripada orang lain”, kata beliau bersungguh-sungguh-Jutawan Stacy Pursell
7) SENTIASA BERMOTIVASI
“Setiap usahawan ada hari yang mereka down giler atau hari yang buat benda semua tak jadi”
Penyelesaian Fadhil?
Mudah sahaja, subscribe dan baca blog & email yang sentiasa memberi inspirasi dan kata-kata hikmah beberapa kali sehari.
Antara yang beliau minati Daily Om, TUT, Goal Setting Guide, dan MyDailyInsights.
“Sikap ini bermula pada satu hari di mana saya sedar yang kejayaan datang dengan banyak kegagalan,” kata Fadhil.
“Ia memang tidak diduga. Saya perasan, bila bisnes saya tak menjadi, saya rasa kecewa dan down giler. Jadi saya bina sistem kepercayaan diri, untuk bantu saya terus maju ke hadapan”- Jutawan Kevin Ou (Fadhil)
8) BUAT SATU KEBAIKKAN SETIAP HARI.
“Sejak dulu lagi saya dah boleh bersara dengan gembira dan happy go lucky” terang Ramli yang memperuntukkan 50 peratus pendapatan beliau kepada organisasi kebajikan dan berharap ia dapat menjadi motivasi kepada usahawan lain untuk membantu sedaya upaya mereka. “Tapi, lagi banyak saya jumpa orang yang memerlukan, lagi banyak saya sedar yang komuniti kita, negara kita dan dunia memerlukan kita — dan ini menjadikan saya sentiasa bermotivasi dan inovatif”- Jutawan Ben Federman (Ramli).