Ahad, 8 Februari 2015

BERSYUKURLAH....

Mesti ramai yang berfikir...bila banyak duit… maka kita akan happy.

Tapi itu satu kenyataan ..jauh tersasar.

Sebenarnya, kita kena happy dulu, baru duit akan datang.

Kerana emosi kita menentukan tindakan kita.

Tindakan kita masa kita happy, tak sama tindakan kita masa kita murung.

Persoalannya? bagaimana nak happy?

Jawapannya… ada disebut dalam quran berkali-kali.
Jawapannya, adalah dengan bersyukur.

Bila kita bersyukur, bermaksud kita berterima kasih dan fokus pada apa yang ada sekarang:

Kita syukur yang anda masih ada tangan (sedangkan ramai orang tiada tangan)
Kita syukur yang anda melihat (sedangkan ramai orang buta)
Kita syukur yang anda masih ada gaji (ada orang terus hilang punca rezeki)

Bila kita appreciate apa yang kita ada, kita akan lupa pada apa yang kita tiada.

Jangan fokus pada tiada duit, tiada itu tiada ini.
Sedangkan sebenarnya kita sudah ada banyak benda, yang kita tak sedari.

Lepas bersyukur, anda akan happy.

Dan bila sudah happy, tindakan anda akan berlipat kali ganda lebih mampat.

Dan bermula di situlah, duit akan datang dengan lebih cepat.

Mungkin sebab gaji anda naik bila bos lebih suka anda.
Mungkin sebab bisnes anda makin kencang sebab lebih senyum pada customer.

Jangan pandang rendah pada ayat "Don't Worry, Be Happy!"