Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kita semua tahu bahawa kehidupan ini ada turun naiknya,
ada masa baik dan ada masa kurang baik.
Bukan mudah kita nak harungi zaman kesusahan lebih-lebih lagi jika ditimpa musibah.
Bukan senang untuk kita sentiasa kekal positif dalam semua keadaan.
Namun kita perlu berusaha ke arah yang lebih positif.
Berikut adalah tip positif yang boleh diambil jika berada dalam keadaan yang kurang baik:
1) Sentiasa menuju ke hadapan
Apabila menghadapi masalah kewangan, jangan berputus asa. Cari penyelesaian terbaik yang anda fikirkan ia boleh membantu anda. Jangan berhenti berusaha. Jika anda berhenti, anda akan mati…
Terus melangkah ke hadapan, walau apa pun rintangan yang ada.
2) Fokus kepada peluang
Ramai Jutawan telah dilahirkan semasa kegawatan ekonomi. Setiap musim memberikan peluang tersendiri dan orang yang pandai mengambil peluang akan menang. Mereka menggunakan minda dengan dengan cara berbeza. Satu caranya adalah dengan memberi sumbangan kepada masyarakat. Sesiapa yang banyak menyumbang, mereka akan dapat manfaatnya, tidak kira walau apapun keadaaan.
3) Memandang masa hadapan
Kenalpasti visi anda untuk melihat kejayaan dalam kewangan anda. Mulakan perancangan untuk meningkatkan pendapatan dan tahap kewangan anda. Apa saja yang anda lakukan, jangan melihat kesilapan yang telah anda lakukan dulu dan sekarang. Sentiasa berimaginasi untuk kejayaan pada masa hadapan anda.
Semoga anda lebih Bahagia, & Berjaya.
Wassalam.