Ahad, 1 Mac 2015

Kelompok pemanis tiruan yang tidak bernutrisi & Mineral Coffee





Bermula dengan posting di atas, penulis dan rakan2 rasa terpanggil untuk berkongsi dan ingin memahamkan situasi sebenar apa itu Aspartame dan Mineral Coffee. Semoga ia dapat menghilangkan segala kerunsingan yang melanda di jiwa...maklumlah, penulis pun penggemar Mineral Coffee ini...ahhahak


Berikut adalah penerangan dan penjelasan dengan lebih terperinci oleh mereka yang arif dan pakar dari Wakil STG












Semoga dengan penerangan di atas dapatlah kita memahami apa sebenarnya kebaikan dan keburukan Aspartame.  Pada penulis ia bergantung kepada kadar dan sukatan yang dibenarkan.. 
Sama juga seperti mana dadah...jika kadarnya sedikit ia bermanfaat untuk digunakan dalam pembikinan ubat-ubatan..
Begitu juga gula..jika diambil melebihi kadarnya maka ia telah memudaratkan sistem badan kita..

****************************************************************************
Petikan Rencana 

Pakar diet dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che 'Lah yang ditemui Kosmo! memberitahu, pada asasnya pemanis tiruan terbahagi kepada dua kategori - bernutrisi dan tidak bernutrisi.

Kumpulan yang bernutrisi itu biasanya dikenali sebagai gula alkohol dan banyak terkandung dalam buah-buah beri. Contoh gula tiruan ini termasuk sorbitol, xylitol dan mannitol.

"Harus ingat bahawa nutrisi pemanis tiruan ini hanya setengah atau sepertiga daripada gula biasa dan kalau diambil secara berlebihan juga boleh memudaratkan," katanya.

Golongan pesakit diabetes ada kalanya beralih kepada penggunaan pemanis tiruan bagi menyedapkan rasa makanan tanpa perlu bimbang akan kenaikan paras gula.

Namun, pakar-pakar penyelidik antarabangsa juga berkali-kali mengingatkan bahawa sesetengah produk 'bebas gula' turut mengandungi pemanis tiruan seperti sorbitol dan mannitol.

Biarpun dengan kadar kalori yang rendah, jenis pemanis ini masih berpotensi menjejaskan paras gula dalam darah pesakit diabetes.


Kelompok pemanis tiruan yang tidak bernutrisi pula antaranya terdiri daripada nama-nama seperti aspartame, sakarin, sukralose dan asesulfame potasium (K). Tahap kemanisan bahan-bahan artifisial yang terhasil daripada bahan kimia ini lazimnya adalah 200 kali ganda daripada gula biasa.

Rasa manis yang disumbangkan oleh pemanis tiruan ini walau bagaimanapun tiada gunanya memandangkan ia bukan sumber pembekal tenaga kepada tubuh.

Para penyelidik dunia turut menganggarkan terdapat ribuan produk harian di pasaran hari ini yang mengandungi pemanis tiruan khasnya aspartame.

"Banyak kajian luar negara yang dijalankan ke atas aspartame menunjukkan kesan pengambilan aspartame dalam jangka masa panjang dikaitkan dengan serangan panik secara mengejut, sawan, sakit kepala, masalah halusinasi dan perubahan mood," tambahnya.

Ekoran potensi aspartame menjejaskan tahap kesihatan tubuh, golongan juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) turut diingatkan agar tidak mengambil aspartame dalam apa juga amaun sekalipun.

Nor Lizawati menambah, dalam kebanyakan kes, golongan pengguna yang mempunyai alahan lazimnya akan merasai kesan-kesan negatif pengambilan pemanis tiruan dengan serta-merta. Oleh sebab faktor keselamatan, kanak-kanak dan ibu mengandung atau yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk mengambil pemanis artifisial.

Meskipun penggunaan pemanis-pemanis tiruan telah diluluskan oleh Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) AS, pengguna masih perlu mematuhi saranan pengambilan harian (ADI) yang dibenarkan oleh FDA.

Untuk setiap jenis pemanis tiruan berbeza, FDA telah menggariskan satu amaun maksimum yang dianggap selamat bagi pengambilan harian sepanjang hayat anda. Sukatan pengambilan harian aspartame yang tidak sesuai digunakan untuk memasak ialah 50 miligram (mg) per kilo dan ini bersamaan dengan 18 hingga 19 tin cola diet.



Artikel Penuh & Info lanjut boleh dirujuk di Link RENCANA UTAMA KOSMO