Khamis, 5 Mac 2015

Nurich Lacto-Lite- yogurt kultur hidup dan inulin.





Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. 
Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) 
dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan 
seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria 
berguna di dalam badan manusia. 

Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite 
tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. 
Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. 

Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, 
mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, 
menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. 
Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, 
mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, 
menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, 
dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.

Apakah itu probiotik?
Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi 
yang hidup dalam saluran usus badan manusia. 
Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi 
kumpulan bakteria dalam saluran usus demi 
meningkatkan taraf kesihatan manusia.

Apakah itu prebiotik?
Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, 
tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan 
dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu.
Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik 
dan meningkatkan keaktifan probiotik. 
Ia dapat membantu menyediakan keadaan saluran usus 
yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik, 
di samping membekalkan nutrien khas 
untuk pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus.

Apakah itu inulin?
Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), 
kaya dengan serat larut dalam air, 
di samping ia merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. 
Serat larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras 
kandungan kolesterol serum dan tekanan darah, 
mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan, 
seterusnya meringankan beban hati. 
Ia juga dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, 
kerana bilangan bakteria berguna menpengaruhi 
keadaaan kesihatan badan manusia. 
Ia turut mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya 
(seperti bakteria disentri, bakteria taun dan sebagainya), 
meningkatkan daya keimunan badan, 
menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, 
mengekalkan operasi sistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.



Keberkesanan  Nurich Lacto-Lite

=> Mengurangkan bahan fermentasi beracun dan penghasilan enzim bakteria berbahaya.
=> Menyekat patogen dan cirit-birit.
=> Menyingkirkan sisa bahan buangan untuk mengurangkan sembelit.
=> Meningkatkan daya imunisasi badan.
=> Menggiatkan sintesis nutrien makanan.
=> Merangsang penyerapan nutrisi dalam usus.






PM/Whatsapp: Hasma 019.337.0831
http://aurajemariku.blogspot.com
AJL 93033 (686256)