Sharing... (coretan seorang pelajar senior di SBP)
A heart rendering story that happened lately...
Assalam... wbt semua...
Tak tahu nak mulakan cerita ni macamana.
Hari ni 13 Jan 2015 merupakan sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 ke sekolah berasrama penuh.
Saat diri ini melangkah masuk ke dewan, terpandang seorang pelajar berwajah sugul dan sedikit kepenatan di tengah2 pelajar baharu lain tetapi hanya dia sahaja berbaju t-shirt berkolar warna merah. Matanya hanya memandang keadaan sekeliling kerana kawan2 semua berbaju putih serba baharu.
Percaturan Allah sangat indah.
Rupanya dialah mentee saya di asrama nanti.
Tatkala ibu bapa keluarga lain riang gembira mendaftar anak mereka dgn baju dan kasut baharu,
Bapa pelajar ini menghampiri saya kerana tidak tahu apa perlu dibuat.
Mereka berdua menaiki bas dari Kelantan jam 9 mlm tadi dan sampai di Seremban jam 10 pg, terus ke SM SAINS TUANKU JAAFAR di Kuala Pilah.
Mereka ini adalah mangsa banjir yang kehilangan segala2nya.
Namun, keazaman dan tekad untuk berjaya mengatasi segala2nya.
Bertambah sedih apbila dia hanya membwa sebuah beg tarik yang terisi di dalamnya beberapa helai baju dan saya terus berlinang air mata tatkala beg dukung belakang yang dipeluknya itu tiada zip...
Ya Allahπππ...
Engkau tidak memberi kekayaan harta pada mereka tetapi Engkau memberi kekayaan ilmu pada anak itu...
Seorang pelajar yang gifted memperoleh 5A dalam UPSR 2014
Walaupun tinggal di kampung namun dia merupakan pelajar terbaik daerah Kuala Krai, Kelantan.
Setelah selesai pendaftaran, saya membawanya membeli barang kelengkapan.
Saat di dorm, pelajar lain ditemani ahli2 keluarga, namun tidak baginya, segalanya diuruskan sendiri.
Tatkala orang lain menggantung baju kemeja, dia hanya menggantung impian sahaja kerana segalanya tidak tersedia untuknya.
Tatkala ibu bapa pelajar lain memberi wang saku perbelanjaan,
Namun dia hanya ada wang sumbangan ihsan.
Ketabahan diri mengatasi kemewahan org lain.
Ibu bapa pelajar lain gajinya 10k namun sukar untuk saya tafsir jumlah pendapatan ayahnya.
Sebak hati ini hanya Allah yang tahu.
Ayahnya pulang semula ke Kelantan untuk menyambung mencari rezeki, meninggalkan seorang anak sulung yang jauh di mata selepas ini.
Permintaannya akan saya cuba tunaikan kerana ingin bertukar kelas kerana dia terlalu ingin utuk belajar bahasa German.
Sama-sama kita doakan kejayaan pelajar baru tingkatan 1 ini,
ADIK IZHAR BIN ZAINUDDIN.
Saya akan jaga kamu seperti adik saya sendiri...
Ya Allah...
KAU terangilah dan kuatkanlah ketabahan anak ini yang serba serbi kekurangan
Namun demi tekad dan cita-cita dia sanggup menghadapinya...
HARTA KEKAYAAN AKAN HABIS NAMUN ILMU TIDAK PERNAH HABIS !!!
MUHASABAH DIRI SEKETIKA...πππ