Memaparkan catatan dengan label MUTIARA ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUTIARA ILMU. Papar semua catatan

Rabu, 7 Januari 2015

Jangan Lengahkan Waktu Solat

Sungguh terkesan dihati..mcm terkena pda diri sendiri

--------:::::---------::::::--------::::::-------::::----

Tinggal beberapa minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk.
Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.
Lambat.
Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu.
Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya. Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak.
Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai.
Beberapa orang  berdiri kaku melihat sekeliling, ada yanng berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan.
Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari mahsyar!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri ..

Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan.
Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka?
Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.

Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.
Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat!
Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,

"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.
Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.....

Isnin, 5 Januari 2015

Mutiara Pagi



Semoga allah permudahkan segala urusan kita dan dilimpahkan rezeki dan 
diberkati segala yg kita lakukan....in shaa allah..aamiin.

♥KATA2 SEMANGAT♥

Anda Menguasai Diri Anda!!
Semua perkara yg berlaku didalam kehidupan adalah bergantung pd persepsi diri kita sendiri, 
sama ada menerima ia sebagai POSITIF @ NEGATIF...
Insan lain hanya pemberi pandangan, tp diri kitalah yg menentukan..

Hanya dengan Bertindak, Anda Mampu berubah!
Tanpa mengambil tindakan tidak memberikan apa2 perubahan kpd diri  
walau seribu doa dipanjatkan utk berjaya..

"ILMU hanya pengetahuan yg diperolehi, KEFAHAMAN & HASIL hanya diperolehi apabila anda bertindak"
MULAKAN lah tindakan yg kecil dan KONSISTEN anda pasti BERJAYA!!

Jumaat, 26 Disember 2014

Bagaimana Mencipta Kehidupan Impian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kita mencipta kehidupan kita setiap masa dengan fikiran dan perasaan kita.
Kita mengalih energi kita melalui fikiran dan perasaan, kita ubah keinginan
menjadi realiti.

Kita mencipta kehidupan impian kita dengan Formula ini :

            Fikiran + Emosi = Tarikan

Fikiran:
Proses ini adalah di mana kita membuat keputusan terhadap apa yang kita mahu dan fokus kepada keinginan kita. Ketika kita berfikir tentang apa yang kita nak, sebenarnya kita mencipta kehidupan kita dengan tujuan tertentu.

Emosi:
Dalam formula di atas, kita menghasilkan getaran yang sepadan dengan keinginan kita.
Kita selarikan keinginan kita dengan kuasa emosi, dengan bersikap gembira tentangnya, dengan penuh minat, dengan membayangkan kita hidup dalam apa yang kita impikan. Cara terbaik untuk selarikan keinginan kita adalah dengan sentiasa memilih fikiran yang membuatkan kita gembira dan ceria.

Tarikan:
Proses Hukum Tarikan berlaku di sini. Apabila anda menyatakan impian anda dengan jelas bersama-sama emosi berenergi, maka langkah terakhir adalah membuka peluang dan membiarkan ianya berlaku kepada anda. Menjangka ia akan berlaku dan membenarkannya. Kita tidak perlu tahu bagaimana ia akan berlaku. Proses ini adalah penciptaan kehidupan impian anda dan ia berlaku pada setiap orang. Ini adalah kerana setiap apa yang kita fikirkan adalah DOA. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi.

Selasa, 23 Disember 2014

Renungan Bersama \(^_^)/

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda.

Kita boleh baca novel sampai beribu2 muka surat x kan tak boleh baca nukilan ini walaupun tak sampai 5 minit...

          - Kemunculan Imam Mahdi
         
          - Kemunculan Dajjal
         
          - Turunnya Nabi Isa (AS)
         
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
         
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
         
          - Pintu pengampunan akan ditutup
         
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah &
             akan menandai muslim yang
             sebenar2nya
         
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan
            semua orang beriman sejati shg mereka
            tidak perlu mengalami tanda2 kiamat
            lainnya
         
          - Sebuah kebakaran besar akan
             menyebabkan kerosakan
         
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
         
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
         
          - Sangkakala akan ditiup pertama
             kalinya membuat semua makhluk
             hidup merasa bimbang dan ketakutan
         
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya
             akan membuat semua makhluk hidup
             mati dan yg ketiga yang membuat
             setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
          Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
         
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat.          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.

          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.

          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.

          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat
          nanti.

          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan   
          dalam agama ...Niatkan ibadah
         (sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:          
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM ..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
          Kirim  ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim,
Sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Kerana saat kamu membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
         
          Saat kamu membukanya, syaitan mulai
          curiga.
          Saat kamu membacanya, ia gelisah.
          Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
          Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm
          kehidupan shari-hari, ia stroke.
          Terus n teruskan membaca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
          Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.
         
          Syaitan berbisik;
          "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...
         
          Sekecil apapun amal ibadah,
Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda 

Selasa, 16 Disember 2014

Cara Bersyukur Kepada Allah SWT



IMAM Al-Ghazali menjelaskan bahawa cara bersyukur kepada Allah SWT terdiri dari empat komponen, iaitu:

1. Syukur dengan Hati.
Syukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang kita peroleh, baik besar, kecil, banyak mahupun sedikit semata-mata kerana anugerah dan pemurahnya Allah S.W.T.
Allah S.W.T berfirman: “Segala nikmat yang ada pada kamu (berasal) dari Allah,” (QS. An-Nahl: 53)
Syukur dengan hati dapat memberikan seseorang untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa keberatan, walau betapa pun kecilnya nikmat tersebut. Syukur ini akan melahirkan betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga terucap kalimat pujian kepada-Nya.


2. Syukur dengan Lisan.
Ketika hati seseorang sangat yakin bahawa segala nikmat yang dia peroleh bersumber dari Allah, maka dia terus akan mengucapkan “Alhamdulillah” (segala puji bagi Allah). Dengan itu, apabila dia memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji Allah. Sebab dia yakin dan sedar bahawa orang tersebut hanyalah perantara yang Allah kehendaki untuk “menyampaikan” nikmat itu kepadanya.
Pada saat kita memuji seseorang kerana kebaikannya, hakikat pujian tersebut harus ditujukan kepada Allah S.W.T.  Sebab, Allah adalah Pemilik Segala Kebaikan.


3. Syukur dengan Perbuatan.
Syukur dengan perbuatan membawa erti bahawa segala nikmat dan kebaikan yang kita terima harus dipergunakan di jalan yang diredhai-Nya. Misalnya untuk beribadah kepada Allah, membantu orang lain dari kesulitan, dan perbuatan baik lainnya. Nikmat Allah harus kita pergunakan secara berperingkat dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.
Rasulullah SAW menjelaskan bahwa Allah sangat senang melihat nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah senang melihat atsar (bekas/wujud) nikmat-Nya pada hamba-Nya,” (HR. Tirmidzi dari Abdullah bin Amr).
Maksud dari hadis di atas adalah bahwa Allah menyukai hamba yang menampakkan dan mengakui segala nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Misalnya: Orang yang kaya hendaknya memberi hartanya untuk zakat, sedekah dan sejenisnya. Orang yang berilmu memberi ilmunya dengan mengajarkannya kepada sesama manusia, memberi nasihat, dan sebagainya.
Maksud memberi di atas bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, namun sebagai wujudnya kesyukuran kerana Allah SWT.
Allah SWT berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur),” (QS. Adh-Dhuha: 11).



4. Menjaga Nikmat dari Kerosakan.
Ketika nikmat dan kurnia diperolehi, cubalah untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Setelah itu, usahakan untuk menjaga nikmat itu dari segala kerosakan. Misalnya: Ketika kita dianugerahi nikmat kesihatan, kewajiban kita adalah menjaga tubuh untuk tetap sihat agar terhindar dari sakit. Demikian pula dengan halnya dengan nikmat iman dan Islam, kita wajib menjaganya dari “kehancuran” yang disebabkan pengingkaran, pemurtadan dan lemahnya iman.
Untuk itu, kita harus sentiasa memupuk iman dan Islam kita dengan solat, membaca Al-Qur’an, menghadiri majlis ilmu agama, berzikir dan berdoa. Kita pun harus membentengi diri dari perbuatan yang merosak iman seperti munafik, ingkar dan kemungkaran.
Setiap nikmat yang Allah berikan harus dijaga dengan sebaik-baiknya. Allah S.W.T menjanjikan akan menambah nikmat jika kita pandai bersyukur, seperti pada firmannya: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), sungguh azab-Ku sangat pedih,” (QS. Ibrahim: 7).

Isnin, 15 Disember 2014

Solat Subuh

فتاﺓ ﻣﺘﺰﻭﺟﺔ ﻣﻨﺬ ﻓﺘﺮﺓ ﻗﻠﻴﻠﺔ ﻭﻛﺎﻧﺖ ﺗﺤﺚّ ﺯﻭﺟﻬﺎ ﻭﺗﻮﻗﻈﻪ ﻋﻠﻰ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺠﺮ ﻭﻓﻲ ﻳﻮﻡٍ ﻣﻦ ﺍﻷﻳّﺎﻡ ﺃﻳﻘﻈﺘﻪ ﻓﺘﺄﺧّﺮ ﻗﻠﻴﻼً ﺣﺘﻰ ﻓﺎﺗﺘﻪُ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻭﺻﻠّﻰ ﻣﻊ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻟﺜﺎﻧﻴﺔ،
Seorang wanita muda yang baru berkahwin sentiasa menggalakkan dan mengejutkan suaminya untuk solat subuh berjemaah. Pada suatu hari, si isteri terlewat mengejutkan suaminya sehingga si suami terlepas untuk solat subuh berjemaah bersama jemaah yang pertama dan terpaksa berjemaah dengan jemaah yang kedua.

ﻓﻠﻤّﺎ ﺍﻧﺘﻬﻰ ﻣﻦ ﺻﻼﺗﻪ ﺟﺎﺀ ﺇﻟﻴﻪ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ: ﺃﻧﺖ ﺯﻭﺝ ﻓﻼﻧﺔ  ؟ ﻓﺼُﺪِﻡ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻭﻗﺎﻝ ﻟﻪ : ﻭﻣﺎ ﺃﺩﺭﺍﻙ ﺑﺎﺳﻢ ﺯﻭﺟﺘﻲ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ : ﻭﺍﻟﻠﻪ ﻟﻘﺪ ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻓﻲ ﻣﻨﺎﻣﻲ ﻛﻞّ ﺃﻫﻞ ﺻﻼﺓ ﺍﻟﻔﺠﺮ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﺍﻷﻭﻟﻰ ﻓﻲ ﺍﻟﺠﻨّﺔ ﻭﻣﻌﻨﺎ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﻭﺍﺣﺪﺓ!
ﻓﺴﺄﻟﺖُ ﻋﻨﻬﺎ ﻓﻘﺎﻟﻮﺍ ﻟﻲ: ﻓﻼﻧﺔ ﺯﻭﺟﺔ ﻓﻼﻥ , ﻓﺮﺟﻊ ﺍﻟﺮﺟﻞ إﻟﻰ ﺑﻴﺘﻪ ﻟﻴﺒﺸِّﺮ ﺯﻭﺟﺘﻪ ﻓﻠﻤّﺎ ﺩﺧﻞ ﺍﻟﺒﻴﺖ ﺭﺃﻯ ﺯﻭﺟﺘﻪ ﺳﺎﺟﺪﺓ ﻭﻗﺪ ﻓﺎﺿﺖ ﺭﻭﺣﻬﺎ ﺇﻟﻰ بارئها.
Setelah selesai solat, imam masjid datang kepadanya serta bertanya: Anda suami kepada si fulan? Si suami terkejut dan bertanya: Bagaimana tuan imam boleh mengetahui nama isteri saya? Tuan imam menjawab: Demi Allah! Sesungguhnya pada hari ini, di dalam mimpi saya dapat melihat semua ahli jemaah pertama (solat subuh) berada di dalam syurga dan turut bersama kami seorang perempuan! Lalu saya bertanya tentangnya. Ahli jemaah memberitahu saya bahawa dia adalah isteri si fulan.
Setelah itu si suami pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira ini kepada isterinya. Apabila si suami memasuki rumahnya, dia mendapati isterinya telah kembali kepada penciptanya dalam 
keadaan sujud kepada Allah SWT.


‏ يعتقد النائم عن صلاة الفجر أنه سيأخذ القدر الكافي من الراحة وماعلم المسكين بقدر راحة تلك القلوب التي فازت بالوقوف لدقائق بين يدي علام الغيوب.
Mungkin orang yang tidur daripada bangun solat subuh beranggapan dia telah rehat yang cukup. Tetapi si malang ini tidak mengetahui betapa rehatnya hati-hati yang berjaya bangun berdiri untuk 
beberapa minit bagi mengadap Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib.


‏إذا كنت تنام متى ماشئت ، وتقوم متى ما شئت دون أي مراعاة للصلاة في وقتها فستبقى والله في دائرة الأحزان ، مادامت الصلاة ليست في دائرة اهتمامك. والله إنها الراحة والخير في الدنيا والآخرة .
Sekiranya anda tidur semahunya dan bangun semahunya tanpa mengambil peduli waktu solat, demi Allah anda akan sentiasa dalam keadaan resah selagi mana solat tidak menjadi keutamaan anda. Demi Allah! Sesungguhnya solat adalah merupakan sebenar-benar rehat dan kebaikan di dunia dan akhirat.


{رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء} 
سورة ابراهيم "

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" 
(Surah Ibrahim: 40)



((لن تجد أحنّ من اللَّه عليك.. فوالله لو يعلم الساجد ما يغشاه من الرحمة بسجوده لمارفع رأسه.))
"Anda tidak akan dapati orang yang lebih mengasihi ke atas anda melainkan Allah.. Demi Allah, jika orang yang bersujud mengetahui betapa banyaknya rahmat meliputi ke atasnya dengan sebab sujudnya itu nescaya dia tidak akan sekali-kali mengangkat kepalanya" 
(Ibn al-Qayyim)



اهل الفجر فئة موفقة، وجوههم مسفرة ، وجباههم مشرقة ، وأوقاتهم مباركة ، فإن كنت منهم فاحمد الله على فضله ، وإن لم تكن منهم فادعو الله أن يجعلك منهم .
Orang yang memelihara solat subuh adalah kumpulan yang bertuah, wajah mereka berseri-seri, dahi mereka bersinar, waktu mereka diberkati. Sekiranya anda termasuk dari kalangan mereka maka bertahmidlah kepada Allah atas kurniaan-Nya ini. Sekiranya tidak, maka mohonlah agar Allah menjadikan anda daripada golongan mereka ini.


ما أجمل ( الفجر ) 
( فريضته ) : تجعلك في ذمة الله 
و( سنته ) : خير من الدنيا ومافيها
و( قرآنه ) : مشهود

(وَقُرْآنَ الْفَجْرِ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا )
Betapa indahnya solat Subuh:
Solat fardhunya - menjadikan anda di dalam jagaan Allah (Riwayat Muslim no 657)
Solat sunatnya - lebih baik daripada dunia dan segala isinya (Riwayat Muslim no 725)
Bacaan Quran di dalamnya - disaksikan oleh Allah
"...dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan 
(keistimewaannya)" (Surah Al-Isra: 78)



أخي الكريم أختي الكريمه: ·من عاش على شىء مات عليه..  ومن مات على شىء بـُعِثَ عليه .
Saudara-saudaraku yang dimuliakan, Sesiapa yang hidup di atas sesuatu, akan mati di atasnya juga. Sesiapa yang mati di atasnya akan dibangkitkan di atasnya juga.

Rabu, 10 Disember 2014

Bersedekah walau hanya sedikit


Dari Adi bin Hatim r.a, Katanya dia mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

" Siapa yang sanggup mendinding dirinya dari api neraka walaupun dengan dengan bersedekah sebelah buah kurma, maka hendaklah dia lakukan ( dengan segera )"
( Muslim 972 )

Dari Adi bin Hatim r.a, katanya: " Bahawasanaya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bercerita mengenai mereka. Lalu beliau berlindung kepada Allah daripadanya, dan memalingkan mukanya tiga kali. Kemudian beliau bersabda :


" Peliharalah dirimu dari mereka, walaupun dengan bersedekah dengan sebelah kurma. Jika kamu tidak sanggup maka dengan tutur kata yang baik"
( Muslim 973 )

Dari Zainab, isteri Abdullah r.a, katanya: ketika dia berada dalam mesjid, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda " Bersedekahlah walupun dengan pakaianmu!"

Zainab biasa berbelanja untuk Abdullah suaminya dan untuk anak yatim yang dibawah peliharaannya. Dia berkata kepada Abdullah " Cobalah tanyakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Cukupkah apa yang saya belanjakan untuk tuan dan anak yatim yang saya pelihara sebagai sedekah daripadaku"

Jawab Abdullah," Engkau sendirilah yang bertanya kepada dia ( Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam )"
Lantas aku pergi kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kebetulan aku bertemu dengan seorang wanita Anshar yang bertujuan sama denganku.

Sementara itu Bilal lewat disamping kami, lalu kata kami kepadanya," Tolonglah tanyakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: Cukupkah apa yang saya belanjakan untuk suami dan anak yatim yang saya pelihara sebagai sedekah dariku? Kami pesankan kepadanya, jangan khabarkan kepada nabi bahawa kami yang menanyakannya"

Bilal terus masuk dan menanyakan pesan itu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tanya baginda rasul " Siapa wanita yang berdua itu?"
Jawab Bilal " Zainab "
Tanya baginda lagi " Zainab yang mana?"
Bilal menjawab," Zainab, Isteri Abdullah"
Sabda nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
" Ya cukup! Dia mendapat dua pahala, yakni pahala keluarga dan pahala sedekah"
( Bukhari 755 )

Bersedekahlah walau sedikit dari harta ynag kita perolehi..

Selasa, 9 Disember 2014

Nikmatnya sihat


Kesihatan adalah suatu nikmat yang diakui oleh semua orang. Sihat adalah suatu yang sangat tidak ternilai. Nabi Shallalahu alaihi wa salam bersabda :

"Barangsiapa di antara kamu masuk pada waktu pagi dalam keadaan sihat badannya, aman pada keluarganya, dia memiliki makanan pokoknya pada hari itu, maka seolah-olah seluruh dunia dikumpulkan untuknya."


[HR Ibnu Majah, no. 4141; dan lain-lain; dihasankan oleh Syaikh Al Albani di dalam Shahih Al Jami’ush Shaghir, no. 5918]

Jika mempunyai kekayaan berlimpah ruah tetapi tubuh yang dimiliki sudah lemah disebabkan sakit, apalah artinya hidup. Tubuh sudah tidak mampu lagi bergerak tanpa bantuan kerusi roda, tidak boleh makan yang enak-enak kerana perlu berpantang kepada makanan. Justeru itu manusia akan sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan asalnya atau sembuh dari sakit. Begitulah bernilainya kesihatan. Oleh itu pergunakanlah waktu sihat untuk menambah bekal akhirat sebelum ia diambil kembali oleh Allah subhanahu wa taala.

P/S: Jika hadis ini bermanfaat, sebarkan kepada rakan facebook anda untuk mendapat ganjaran kebaikan berupa pahala.

Isnin, 8 Disember 2014

10 Tips Untuk Berjaya


Menjadi kaya itu mungkin biasa.
Semakin kaya, semakin dekat dengan Allah, itu yang luar biasa.
"Ya Allah!!! Hamba-Mu ini, insan biasa yang ingin bertindak luar biasa. Bantulah kami. Engkaulah sebaik-baik Penolong. Ya Allah, izinkanlah.”


Dr Azizan Osman
Saya ditanya soalan ini: 
Kenapa ada sesetengah orang semakin ada ilmu tetapi semakin "bodoh" atau "blur katak" di dalam menjalankan perniagaan?
Simple. Saya pernah lalu satu saat yang dipanggil sebagai ledakan informasi.

Tidak ada salahnya mempunyai ilmu atau terus belajar dari pengalaman orang lain tetapi apa yang penting adalah mengatur langkah ke hadapan.

Cuba perhatikan anak kecil yang baru "dapat kaki" atau pandai berjalan. 
Mereka akan teruja untuk "berlari" instead of menapak satu persatu dengan tenang.

Mereka teruja. Dan mereka nak cuba gunakan apa yang mereka baru tahu ini iaitu "kaki boleh berjalan" dengan lebih ghairah tetapi menjadi berlari. Jika tidak berhati-hati boleh tersembam ke bumi bukan?

Jadi saya share 10 tips yang perlu anda tahu di dalam mengambil tindakan selepas mendapat "ledakan ilmu atau informasi".

Apa 10 tipsnya?
1/ Kosongkan minda- Bertenang sebab kek besar-besar nak telan terus adalah bahaya! Boleh mati tercekik. Gajah besar2 nak makan sekaligus pun tak boleh, tak muat mulut. Potong bahagian kecil-kecil.

2/ Tentukan dahulu atau fikirkan apakah matlamat perniagaan atau matlamat diri yang anda mahu capai dalam tempoh yang singkat. Contohnya 1 tahun daripada sekarang.

3/ Kemudian pecahkan matlamat tersebut menjadi 4 suku tahunan. Setahun 12 bulan tetapi kita bahagikan 4 bahagian menjadi suku tahunan (3 bulan).

4/ Kemudian tuliskan apakah 5 perkara penting yang anda mahu perbaiki dalam bisnes anda segera?

5/ Kemudian mulakan dengan fokus 3 perkara yang paling penting dari 5 perkara tersebut

6/ Fokus untuk perbaiki 1 perkara yang paling penting.

7/ Dan jadikan ia matlamat utama minggu ini untuk senaraikan apa yang anda perlu lakukan untuk perkara No.1 penting tersebut.

8/ Rujuk workbook seminar anda hanya untuk bahagian yang berkaitan perkara No.1 tersebut.

9/ Senaraikan apakah 10 perkara yang anda perlu buat agar perkara No.1 ini boleh tercapai samada seluruhnya atau sebahagiannya.

10/ Tentukan apakah yang mesti berlaku untuk perkara No.1 itu menjadi realiti.

Selepas itu? Tunggu apa lagi? Kerahkan seluruh masa, tenaga, wang dan team bisnes anda (Jika anda) untuk mencapai matlamat perkara No.1 itu. Set deadline untuk mencapainya. Contohnya set suku pertama atau 3 bulan pertama untuk fokus perbaiki 3 matlamat utama tadi.

Satu langkah pada satu masa. Dapatkan rhythm atau rentak dahulu then lama-lama boleh berlari menuju puncak.

Selepas selesai merancang tindakan Perkara No.1 penting then buat proses untuk matlamat seterusnya.

Rujuk workbook bila perlu. Jangan tanya orang yang salah kerana ia akan membuatkan anda lebih keliru apatah lagi jika orang tersebut bukan orang yang betul.

Berniaga macam main game, kena praktis sampai jadi pro.

Kalau tidak suka saya then tak payah baca sharing ni. Ini pengalaman saya berniaga dan application ilmu.

Sekian.

‪#‎TQALLAH‬
‪#‎projekStg‬
‪#‎TheMagicOfPartTime‬

Ahad, 7 Disember 2014

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian padahari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan:
Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :
Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang usrah yg MUDAH kenali Islam kita.

Jumaat, 5 Disember 2014

Kenapa Doa Tidak Dikabulkan?

Ada beberapa perkara yang menyebabkan doa kita tidak dikabulkan Tuhan dan kita perlu fahamkannya. Di antaranya adalah:


1.    Doa di mulut tidak sama di hati

Ini sering berlaku dan selalu kita lupakan. Kadang-kadang kita telah melakukan perintah Tuhan, tetapi kita tidak ikhlas. Oleh itu, ia menyebabkan isi hati atau fokus fikiran kita bertentangan dengan apa yang kita ucapkan. Contohnya, kita berdoa memohon kerjaya A, tetapi kita dapat kerjaya B.
Mungkin hati kita terlalu fokus kepada kerjaya B. Walaupun kita sering berdoa secara lisan untuk mendapat kerjaya A, kita masih juga tidak mendapatnya kerana hati kita lebih cenderung kepada kerjaya B.
Jika dikaitkan dengan Hukum Tarikan, apabila perasaan dan hati kita tertumpu pada suatu perkara, maka ia akan terjadi. Tidak kira ia perkara baik ataupun buruk. Ramai di antara kita yang ingin menjadi kaya dan sering berdoa memohon kekayaan, namun hati dan fikiran kita selalu membisikkan yang kita tidak mungkin boleh menjadi kaya. Tuhan Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Dia mendengar apa yang ada dalam hati hamba Nya. Oleh yang demikian, kita perlu pantau fikiran dan perasaan kita.
Jadi, sebelum berdoa periksa dulu apa yang ada dalam hati kita. Tanya sama hati apa sebenarnya yang kita inginkan.


2.   Tuhan Lebih Mengetahui Apa yang Terbaik untuk Kita

Apabila doa kita belum dikabulkan, ia bukanlah bermakna kegagalan. Doa-doa kita memiliki banyak kebaikan. Contohnya, kita memohon dimurahkan rezeki supaya kita dapat mengagihkan rezeki itu kepada orang lain dengan cara berzakat atau bersedekah. Semua doa yang kita pohon mesti baik-baik belaka.
Kita hanya beranggapan sendiri sahaja. Pada hal pengetahuan kita terbatas. Kita tidak tau apa akan berlaku pada masa datang. Juga kita tidak mengetahui adakah doa kita itu akan memberi kebaikan atau sebaliknya. Adakah kita bahagia jika doa itu dimakbulkan?
Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia mengetahui segala-galanya tentang hambaNya. Mungkin Dia menyayangi kita kerana tidak memakbulkan doa kita. Dia tidak mahu kita menderita jika doa itu dikabulkan. Apa yang kita sangka baik, tak semesti jadinya baik dan apa yang kita sangka buruk, tak semesti jadi buruk.
Ramai yang mengeluh dan menyalahkan Tuhan apabila berlaku perkara yang tidak diingini. Cubalah ubah sudut pandangan kita dengan bersangka baik, iaitu berfikiran positif kepada Nya. Yakinlah Dia akan memakbulkan permintaan kita. Insya Allah.




3.  Mengabaikan Perintah Tuhan

Berapa kuat tahap cinta kita pada Allah? Diri sendiri saja yang tahu. Ramai yang mengaku cinta pada Nya, tetapi sebenarnya tidak. Mereka hanya menipu diri sendiri. Mereka mengaku cinta pada Nya tetapi tidak mengikut apa yang diperintahkan oleh Nya seperti tidak menunaikan solat. Pada hakikatnya mereka tidak cintakan Tuhan.
Sama seperti doa yang belum dimakbulkan lagi. Kita memang mahu doa dikabulkan tetapi kita dalam keadaan berdosa. Bagaimana doa nak makbul? Periksa balik apa yang ada dalam hati kita. Adakah hati kita dah suci?
Dalam hadis shahih Nabi SAW bersabda,” Seorang hamba akan selalu dikabulkan doanya selagi dia tidak berdoa dengan sesuatu yang berdosa, memutus silaturahim dan tergesa-gesa.”


Semoga kita dapat perbaiki apa yang perlu diperbaiki agar semua doa kita dapat dimakbulkan Tuhan. Wallahualam.

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan

Assalamualaikum....sedikit perkongsian ilmu yg boleh kita amalkan bersama...

INSHAA ALLAH...Cuba lah ...berkesan

Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress. Terapi ini amat mudah dilakukan.

1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. 
     Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, 
     sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) 
     dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

3.  Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

4.  Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

6.  Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

7.  Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah tangga !” Doktor itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .

8.  Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

9.  Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

10.  Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Selamat mencuba…

Kredit to: Cik Roshanizah Bt Ramli

Khamis, 4 Disember 2014

5 Tip Menarik Wang



Wang boleh ditarik dengan mudah ke dalam kehidupan anda tanpa bersusah-payah di sepanjang hidup anda. Walau bagaimanapun anda perlukan usaha untuk bertindak dalam menarik wang dalam hidup anda. Anda boleh menarik apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh gunakan:

1. Sedekahkan wang anda – Jika anda memberi dengan ikhlas, anda akan menerima lebih banyak lagi. Jika anda menyimpan semua wang anda, maka anda meletakkan halangan, di mana anda tidak akan menarik wang. Untuk menarik wang yang anda mahukan, sedekahkan wang anda dengan bebas. Ketika memberi, tanamkan dalam minda anda bahawa anda ada banyak lagi wang pada anda.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang       baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah Al-Hadid : 18)

2. Bayangkan ada wang yang banyak – Ini adalah proses visualisasi iaitu apa yang anda bayangkan dalam minda anda adalah menentukan masa depan anda. Dengan menjalani kehidupan seperti orang kaya, ia akan membantu menarik wang yang anda inginkan ke dalam kehidupan anda. Contohnya anda makan di hotel mewah yang anda tidak pernah fikir sebelum ini. Sebelum anda mengalami perkara yang bagus dalam hidup, anda perlu percaya dan bayangkannya berlaku dalam hidup anda. Bayangkan anda mempunyai banyak wang bermakna anda telah pun dapat wang tersebut.

3.  Jaga wang anda dengan baik – Ramai orang yang tidak tahu bagaimana menjaga wang tunai mereka. Jika anda ada wang tunai, lipat dengan kemas dan susun cantik-cantik dalam beg duit anda dengan teratur. Dengan berbuat demikian akan membenarkan anda menjaga wang anda dengan baik dan hasilnya adalah anda akan menarik lebih banyak wang.

4.  Hargai Wang – Ambil sedikit masa dan hargai semua wang yang anda ada. Apabila anda menghargai sesuatu, ia menghargai anda semula. Ini adalah Hukum Kesyukuran (Law of Gratitude). Jika anda melihat kebaikan, anda akan dapat kebaikan sebagai pulangan. Bersyukurlah atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.

5.  Sentiasa ada wang tunai – Daripada ada wang seringgit dalam beg duit, letaklah wang beratus ringgit. Ini dapat membantu menarik lebih banyak wang dalam beg duit anda pada masa akan datang. Untuk menarik wang, anda perlu bertindak seperti orang kaya yang banyak wang. Selalu ingatkan dalam minda bahawa anda sentiasa ada banyak wang.




Ada banyak lagi kaedah menarik wang dan kaedah yang paling POWER adalah dengan memprogram semula minda anda dengan kaedah HIPNOSIS untuk menarik wang dan kekayaan.

Rabu, 3 Disember 2014

Petikan dari Semanis Kurma

Soalan: Saya dah buat macam-macam tapi hidup saya tidak berubah?

Jawapan:-
Kita adalah mengikut apa yang kita fokuskan dan sangkakan. Ada 6 intipati asas yang kita perlu jadikan pegangan. Ini asasnya.

1- Intipati Syukur- Fokus apa yang best dalam hidup kita SEKARANG. Most people setiap hari sibuk mencari apa yang tidak best pada dirinya, keliling mereka mahupun pada orang lain.
Ramai manusia tidak hidup setiap hari dengan penuh kesyukuran sedangakan janji Allah swt di dalam Al-Quran Surah Ibrahim Ayat 7 ada menyebut yang maksudnya.
"Barangsiapa yang bersyukur dengan Aku (Kata Allah), NESCAYA Aku (Kata Allah) tambah lagi."

2- Intipati Sujud- Rendahkan hati & tekan ego kita sujud lebih banyak kepadaNya. Jangan buang masa meminta-minta dengan manusia. Jangan sombong dengan Allah swt. Semakin banyak masalah kita, maka semakin banyak sujud kepadaNya. Begitu juga semakin banyak nikmatNya kepada kita, semakin banyak sujud kita kepadaNya.

3- Intipati Selawat- Memuliakan dan memuji siapa yang Allah swt sendiri kasihi dan puji agar mudah-mudahan diri kita juga diangkat menjadi seseorang yang Allah swtkasihi. Bayangkan satu kali berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw, Allah swt pemilik sekalian alam dan paramalaikat berselawat kembali kepada kita 10 kali ganda. Kemulian besar bagi mereka yang berselawat.

4- Intipati Sedekah- Ini membuka 1,000 pintu rezeki, rahmat, berkat dan Insya Allah makbul hajat kerana doa orang yang kita sedekahkan kepada mereka seperti orang miskin adalah makbul doa mereka.

5- Intipati Senyum- Kita expect setiap situasi kehidupan kita sedang berubah menjadi lebih baik lagi dan kita senyum kerana kita syukur dengan setiap apa yang kita ada serta apa yang kita bakal ada.

6- Intipati Suci - Banyakkan bertaubat dan mengamalkan zikir "La Ila Ha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin". Banyak kali diri kita terhijab oleh dosa kita yang lampau samada yang kita tahu atau tidak.

Bagusnya magnet kekayaan & kejayaan kita bukanlah terletak pada usaha luaran kita sahaja tetapi usaha kita memperbaiki dalaman diri kita serta perhubungan kita denganNya dan ibu bapa kita.
Istiqomah dan berdisiplin dengan setiap apa yang kita fikir, rasa, cakap , buat dan doa.
Pada saat kita menyoal, "Aku dah buat semua benda tetapi kenapa hidup aku tidak berubah?"..... Itulah saatnya kita telah mendahului Allah swt dengan menghukumNya atau mempersoalkanNya. Itulah saatnya sangkaan kita 'benar'- Allah swt itu seolah-olah menzalimi kita.

Apa yang kita patut buat?
Banyakkan mohon keampunanNya.
Senaraikan apa yang anda boleh buat untuk lebih dekatiNya.

Faham bahawa DIA hanya berikan yang terbaik kepada kita kerana DIA Maha Baik & Maha Hikmah Bijaksana.
Sabar dan solat. Mungkin kita belum cukup konsisten dan expect doa kita makbul masa tu juga. Sabar dan Solat.
Allah swt tahu apa yang terbaik dan waktu yang terbaik untuk kita. Tugas kita?

Buat 4 perkara ini secara luar biasa:-
1. Doa Luar Biasa
2. Usaha Luar Biasa
3. Ilmu Luar Biasa
4. Taqwa Luar Biasa

Ahad, 30 November 2014

10 pesanan dari Imam Syafie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ini saya ingin kongsikan 10 pesanan dari Imam Syafie:

Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.

Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

Semoga kita dapat memanfaatkan pesanan tersebut sebaik-baiknya.
Wassalam.

Rabu, 26 November 2014

Nikmat Allah itu luas...

Kadangkala,
Allah sukarkan jodoh kita,
Tetapi apabila sudah selamat berumahtangga,
Dia mudahkan rezeki menimang cahaya mata.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita menimang cahaya mata,
Tetapi Dia rezekikan suami /isteri yang memahami serta menerima kita apa adanya.

Kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan suami/ isteri yang sering membuat hati menjeruk rasa,
Tetapi Allah mudahkan dengan kehadiran anak-anak penyejuk mata.

Kadangkala,
Allah payah dan sukarkan kita dalam mendidik cahaya mata,
Tetapi Dia mudahkan dengan pelbagai ilmu keibubapaan yang membuatkan anak-anak tidak derhaka.

Dan kadangkala,
Allah sukarkan kita dengan perkara-perkara yang ada (di atas),
Tetapi Allah mudahkan kita dalam kerjaya juga beramal kepadaNya.

Dan ada juga ketikanya,
Allah sukarkan kita dengan segala-galanya,
Tetapi Allah mudahkan kita menjadi hamba-Nya yang Dia redha.
Subhanallah,
Nikmat Allah itu luas. 

Kadangkala,
Tidak terjangkau dek akal fikir,
Namun membuat kita kerdil saat kita menyedarinya,

Lalu tinggal kita yang harus memilih,
Mahu menjadi orang biasa-biasa,
Atau menjadi Hamba Allah yang luar biasa,
Yang lebih kaya hati dan jiwanya berbanding emosinya.❤❤❤

Khamis, 20 November 2014

SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI

MENGAPA SETIAP ORANG WAJIB MENGHADIRI SEMINAR
SEMINAR MINDA MAGNET REZEKI (MMR)

Inilah platform terbaik untuk kita semua menyediakan diri untuk penghujung tahun 2014…
dah bertahun-tahun kita berjaya bertahan..
Bertahan dan ‘survive’ menghadapi hidup yang sangat ‘kelam –kabut’…

Gaji…umpama kais sebulan makan sebulan…ada juga kais sebulan makan seminggu…
Hutang…tidur tak lena memikirkan keadaan kewangan yg mmg menyesakkan dada…

Family…saya percaya…bila masalan kewangan berlaku…suami dan isteri sering bermasam muka kerana sama-sama tak dapat beri yg terbaik untuk keluarga…ada juga yg setuju bila bercinta indah namun setelah berkahwin…segalanya berubah…cinta yang sepatutnya mekar namun semakin pudar…
Resah dan gelisah….hati tak tenang hidup tak gembira dan ada kalanya rasa dah tak mahu hidup lagi…

RAHSIA ini ramai org tak tahu ialah….fungsi MINDA kita!!!!
Kita tak gunakan ‘OTAK’ kita dengan cara yang betul..
APA YG JADI??? 
KITA TARIK SEMUA BENDA YG KITA TAK NAK.
Kenapa jadi macam ni...
SEBAB kita tiada ILMU supaya boleh MANIPULASI MINDA kita dan jadikan MINDA sebagai MAGNET menarik apa yg kita NAK.
DUIT BOCOR dan IRI HATI…..bila dpt bonus…kereta rosak…bila ada duit lebih…org dtg jumpa nak pinjam…bila bg pinjam…org x bayar..bila melabur…confirm rugi..bila buka kdai…org lain hantar ‘benda’…bila naik pangkat…ramai yg dengki…
Ini juga keadaan di mana kita yg ‘baik2’ ni selalu jadi mangsa….

TAPI INI SEMUA KITA AKAN TAMATKAN ( DGN IZIN ALLAH)….KITA MULAKAN HIDUP BARU DARI SEKARANG...

Sabtu, 15 November 2014

Peringatan Buat Diri Sendiri tentang Solat

Copy paste from another group. Peringatan untuk diri sendiri yang selalu melewatkan solat....

Nak share cerita menyentuh hati ex school mate saya di MRSM Balik Pulau dulu... Nor Sahidah Hamid yang baru menunaikan haji baru2 ini...
Solatlah awal waktu.

Baca sampai habis, semoga beroleh manfaat dan jadi inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu. """"""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun
mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya. 
"here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God." saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): " Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat". 
Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.
Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. 
"I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques."
Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "where is your hometown?".

" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country". 
"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar"

Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah".

Rabu, 12 November 2014

Bila dah terima gaji, bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?


.............................
Pesan Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:
1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. 
Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu dahulu sblm bsdkah atau nk bntu Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat! Kerana sabit dlm hadis Rasul saw

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2 & saudara-mara...

*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
..اللهم صل على محمد و على ال محمد .. ...

********************************************************************

Jenaka Ustaz Azhar .....

Kadang-kadang Allah hantar seekor kucing untuk menjadi guru dan menguji kita supaya kita muhasabah.

Jika seekor kucing datang meminta makanan, tapi kita halau dia, itu tanda kita kedekut dengan rezki yang Allah beri pada kita. 
Padahal kucing tu minta sedikit sahaja dari sisa makanan kita. 
Kita ada duit beribu-ribu, apa ruginya beli sebungkus nasi beri pada kucing. 
Kadang-kadang kucingbawa lari seekor ikan kembong yang kita beli di pasar. 
Anggaplah itu rezeki untuk kucing tu. Tak payahlah kejar kucing tu keliling kampung! 
Dia bukan ambil semua, seekor saja. 
Lainlah kalau kucing tu bawa lari peti sejuk, boleh la kejar sebab mahal.
Kita cita-cita nak syurga firdaus, tapi kita kedekut pahit. 

Muhasabahlah diri kita.

Jika nak jadi cepat kaya, murah rezeki,panjang umur, dan terang dalam kubur nanti, 
selalulah kita beri makan pada binatang. 
Setiap makanan kita beri makan binatang itu dikira sedekah.

( Ustaz Azhar Idrus)

Rasulullah SAW
bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah
tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."(HR. Al- Bukhari)
ㅤ ㅤ ㅤ
ㅤ Subhanallah
Alhamdulillah
Lailahaillallah
ㅤ Allahuakbar
ㅤ ㅤ ㅤ

Isnin, 3 November 2014

Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan


Assalamualaikum,

Ini adalah doa yang anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.

Jika anda rasa ia bermanfaat untuk anda. Anda boleh copy, paste, edit ikut kesesuaian anda, dan print. Anda boleh baca doa ini hari hari.

Dan tolong berikan doa ini kepada sahabat sahabat anda yang lain.

Sama sama kita mencari 'pencen kubur'. Ingat, ilmu yang bermanfaat pahalanya akan berterusan walaupun kita berada di alam kubur selagi mana ilmu itu diamalkan.

DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

* Penulis doa di atas asalnya dari seorang anak kampung yang kurang cemerlang dalam pelajaran, kemudian bangkit semula dan terus berusaha dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield United, Kingdom.