Wang boleh ditarik dengan mudah ke dalam kehidupan anda
tanpa bersusah-payah di sepanjang hidup anda. Walau bagaimanapun anda perlukan
usaha untuk bertindak dalam menarik wang dalam hidup anda. Anda boleh menarik
apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda. Berikut adalah beberapa tip yang
anda boleh gunakan:
1. Sedekahkan wang anda – Jika anda memberi dengan ikhlas,
anda akan menerima lebih banyak lagi. Jika anda menyimpan semua wang anda, maka
anda meletakkan halangan, di mana anda tidak akan menarik wang. Untuk menarik
wang yang anda mahukan, sedekahkan wang anda dengan bebas. Ketika memberi,
tanamkan dalam minda anda bahawa anda ada banyak lagi wang pada anda.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki
mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan
(pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah
Al-Hadid : 18)
2. Bayangkan ada wang yang banyak – Ini adalah proses
visualisasi iaitu apa yang anda bayangkan dalam minda anda adalah menentukan
masa depan anda. Dengan menjalani kehidupan seperti orang kaya, ia akan
membantu menarik wang yang anda inginkan ke dalam kehidupan anda. Contohnya
anda makan di hotel mewah yang anda tidak pernah fikir sebelum ini. Sebelum
anda mengalami perkara yang bagus dalam hidup, anda perlu percaya dan
bayangkannya berlaku dalam hidup anda. Bayangkan anda mempunyai banyak wang
bermakna anda telah pun dapat wang tersebut.
3. Jaga wang anda
dengan baik – Ramai orang yang tidak tahu bagaimana menjaga wang tunai mereka.
Jika anda ada wang tunai, lipat dengan kemas dan susun cantik-cantik dalam beg
duit anda dengan teratur. Dengan berbuat demikian akan membenarkan anda menjaga
wang anda dengan baik dan hasilnya adalah anda akan menarik lebih banyak wang.
4. Hargai Wang –
Ambil sedikit masa dan hargai semua wang yang anda ada. Apabila anda menghargai
sesuatu, ia menghargai anda semula. Ini adalah Hukum Kesyukuran (Law of
Gratitude). Jika anda melihat kebaikan, anda akan dapat kebaikan sebagai
pulangan. Bersyukurlah atas segala rezeki yang diberi oleh Nya.
5. Sentiasa ada wang
tunai – Daripada ada wang seringgit dalam beg duit, letaklah wang beratus
ringgit. Ini dapat membantu menarik lebih banyak wang dalam beg duit anda pada
masa akan datang. Untuk menarik wang, anda perlu bertindak seperti orang kaya
yang banyak wang. Selalu ingatkan dalam minda bahawa anda sentiasa ada banyak
wang.
Ada banyak lagi kaedah menarik wang dan kaedah yang paling
POWER adalah dengan memprogram semula minda anda dengan kaedah HIPNOSIS untuk
menarik wang dan kekayaan.