Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kita mencipta kehidupan kita setiap masa dengan fikiran dan perasaan kita.
Kita mengalih energi kita melalui fikiran dan perasaan, kita ubah keinginan
menjadi realiti.
Kita mencipta kehidupan impian kita dengan Formula ini :
Fikiran + Emosi = Tarikan
Fikiran:
Proses ini adalah di mana kita membuat keputusan terhadap apa yang kita mahu dan fokus kepada keinginan kita. Ketika kita berfikir tentang apa yang kita nak, sebenarnya kita mencipta kehidupan kita dengan tujuan tertentu.
Emosi:
Dalam formula di atas, kita menghasilkan getaran yang sepadan dengan keinginan kita.
Kita selarikan keinginan kita dengan kuasa emosi, dengan bersikap gembira tentangnya, dengan penuh minat, dengan membayangkan kita hidup dalam apa yang kita impikan. Cara terbaik untuk selarikan keinginan kita adalah dengan sentiasa memilih fikiran yang membuatkan kita gembira dan ceria.
Tarikan:
Proses Hukum Tarikan berlaku di sini. Apabila anda menyatakan impian anda dengan jelas bersama-sama emosi berenergi, maka langkah terakhir adalah membuka peluang dan membiarkan ianya berlaku kepada anda. Menjangka ia akan berlaku dan membenarkannya. Kita tidak perlu tahu bagaimana ia akan berlaku. Proses ini adalah penciptaan kehidupan impian anda dan ia berlaku pada setiap orang. Ini adalah kerana setiap apa yang kita fikirkan adalah DOA. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi.