Ahad, 21 September 2014

Rahsia di sebalik pemakanan GARLIC

Rahsia di sebalik pemakanan bawang putih ni. 
Banyak sebenarnya khasiatnya.

1. Mengurangkan risiko strok.
    Membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik
    bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.
   Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan 
   free radical di dalam darah. 
   Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.
    Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus 
    dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. 
    Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.
   Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu 
   mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid 
   atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.
    Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang 
    menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.
    Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses 
    pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.
   Ya, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji     
    sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan 
   dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
    Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam 
   
saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.