Jumaat, 5 September 2014

K E R T A S**  YG** T A K**  S E M P A T **D I B A C A

Kehidupan ini adalah seperti kertas, 
dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang.

Dunia semuanya seperti kertas. 
Ramai yang bersedih , bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.


Kerana kertas manusia dipuji,
Kerana kertas manusia dipuja,
Kerana kertas, manusia dihina,
Kerana kertas manusia terpisah
Kerana kertas manusia berkuasa
Kerana kertas manusia merana.

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas

Ijazah - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas

Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas

Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang
tetapi
TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri...iaitu.....
Sijil MATInya........