1. Supplemen tidak dapat diserap sepenuhnya oleh badan kerana bahagian usus kecil yang menyerap zat makanan dipenuhi dengan toksin dan tinja yang telah lama tersimpan dalam badan. Seeloknya ambil produk cuci usus terlebih dahulu sebelum mengambil supplemen. Boleh cuba#Lactolite.
2. Tidak mengambil air kosong yang mencukupi.
Jadi supplemen sukar menjalankan fungsinya dengan lebih baik. Badan tak cukup air, macam mana supplemen nak diserap oleh badan. Setelah mengambil suplemen, seharusnya anda kena minum lebih banyak air kerana kepekatan darah telah bertambah.
3. Tidak mengikut dos atau sukatan pengambilan yang betul.
Contohnya, kita ambil Garlic untuk kempiskan perut. Dos yg dicadangkan ialah 4 biji sehari tapi nak jimat anda ambil 2 biji je sehari. So tentulah hasilnya lambat kan.
4. Tidak ISTIQAMAH makan suplemen.
5. Makan supplemen dengan ubat.
Elakkan pengambilan supplemen bersama ubat. Kepada pengguna yang masih dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat dan supplemen secara serentak. Pengambilan ubat doktor dan supplemen secara serentak boleh menyebabkan darah bercelaru kerana ada dua 'benda' yang berbeza masuk dalam badan sekali gus. Jadi, darah tidak menyerap supplemen dengan baik dan sempurna.
7. Makan banyak supplemen dalam satu-satu masa.
Ada juga orang yang malas untuk makan supplemen beberapa kali dalam sehari. Jadi, mereka mengambil jalan mudah dengan makan semua jenis supplemen sekali gus. Tabiat ini tidak wajar diamalkan kerana ia menyebabkan buah pinggang agak terbeban pada satu-satu masa tertentu sahaja. Cuba jarakkan beberapa jam untuk setiap jenis supplemen. Rancanglah waktu pengambilan supplemen dalam waktu yang berbeza supaya badan dapat menyerap satu-persatu vitamin yang kita makan. Barulah dapat manfaatnya.
Semoga membantu!!!