Rabu, 15 September 2021

SUJUD SAAT MENENUN SEKEPING HATI






Jika ditanya apakah waktu perdana dengan Allah, maka saya akan menjawab, “Sujud”. 
Sujud begitu cocok dengan jiwa kehambaan dan kekerdilan seorang hamba.
Sujudlah saat kita sebagai manusia betul-betul menjadi manusia dalam erti kata sebenar.

Apa maksud betul-betul menjadi hamba?

Maksudnya kita tidak perlu berpura-pura menunjukkan bahawa diri kita ini hebat di hadapan Allah. Cukuplah kita membawa sekeping hati yang sudi patuh segala titah NYA dengan sujud berkali-kali tanpa jemu dan lesu.

Lihat apa kita sebut ketika sedang sujud, “Maha Suci Tuhan Yang Maha Tinggi”.
Namun itulah saatnya kita mendaki puncak kehambaan.

Sujud melebur takbur. 
Sujud wujud dalam jiwa hamba kepada Khalik. Sujud membawa hati kepada Allah. Terasa begitu akrab dengan Rab. Sujud membawa segala masalah dan beban hidup meluncur jatuh menghempas ke tanah. Terasa ringan saat belum pun lagi bangun dari sujud, belum pun meluah kepada NYA.

Rasa cukup menjadi hamba, tanpa perlu berfikir cara untuk menjadi tuan.

Sujud adalah penambah khusyuk. Satu-satunya kerendahan yang mengangkat ketinggian diri seseorang. Kadangkala, kita mencari kebahagian hakiki. Namun rupa-rupanya kebahagian itu ada dalam sujud. Saat paling akrab dengan Allah.

Sujud, ibarat saat kita menenun sekeping hati untuk menuju Tuhan. Dan tenunan itu tidak akan siap dan rapi tanpa sujud berkali-kali, selagi nyawa masih ada pada diri. Sujud adalah tempat hati berlabuh kepada Ilahi. Dengan sujud, hati tidak akan pernah mati.

Sumber : Majalah SOLUSI (138/2021) : Husna Hassan

Sabtu, 4 September 2021

Asbab berikhtiar dengan Therapants & Theravest.
















Alhamdulillah.. 
Semakin ramai yang sihat asbab berikhtiar dengan #Therapants &  #Theravest 
.





Nak Kak HB bantu dapatkan saiz yang tepat.. boleh wasap https://kakhb.wasap.my/
sebab Kak HB adalah konsultan untuk set ini. 








Daftar SEGERA Hari Ini..
dan Kak HB akan Terangkan LEBIH LANJUT dan BANTU ANDA untuk BERJAYA BERSAMA KAMI.

Rabu, 1 September 2021

MINDA JUARA



Tahukan anda bahawa daripada puluhan juta sperma yang bersama anda, hanya anda seorang sahaja yang berjaya lahir ke dunia?
Manakala selebihnya telah pun mati.
Bukankah itu menjadi bukti bahawa manusia dilahirkan sebagai juara?

Ya, kita dilahirkan sebagai seorang juara. 
Oleh itu, berfikir dan bertindaklah sebagai seorang juara. 
Kejayaan kecil yang dilakukan secara istiqamah akan membawa kejayaan yang besar pada masa akan datang. 
Pepatah Melayu ada menyatakan “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”.


SIKAP JUARA

1. Tekun

Allah menyukai hambaNya yang bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Kesungguhan dalam pekerjaan akan membuahkan kejayaan yang diinginkan. Itqan (tekun) bermaksud melaksanakan sesuatu tugas yang sesempurna mungkin, disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.


2. Berfikiran Positif

Penuhkan minda dengan fikiran positif setiap hari. 
Ia akan memacu kita untuk terus maju ke hadapan. 
Orang yang berfikiran positif akan terus mencari jalan untuk mencapai impian. 
Dia akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impiannya.
Manakala pemikiran negatif akan menarik seseorang itu untuk terus mundur ke belakang. 
Ia akan menyebabkan seseorang itu menyerah kalah sebelum berjuang.


3. Sentiasa Yakin

Sekiranya kejayaan belum lagi digapai, bersabarlah dan teruskan usaha. 
Sesungguhnya ia juga membawa kepada kebaikan kepada kita.
Hari ini tidak akan menjadi lebih hebat daripada semalam jika kita masih melihat diri seperti semalam. Belajarlah daripada semalam dan hari ini agar ia menjadi titik permulaan untuk hari esok yang lebih baik.

Sumber : Majalah SOLUSI (135/2020) Dr. Zaifuddin Md Rasip