Ayah : "Ahmad, pergi tangkap semut untuk ayah."
.
.
Si anak bongsu ini terpinga. Dalam masa yang sama juga teruja. Mungkin si ayah mahu tunjukkan sesuatu yang menarik. Magik mungkin.
.
.
Si anak terus memulakan pencarian. Dicarinya di meja makan. Tiada. Di tangga. Tiada. Di pintu bilik air. Tiada. Hampir semua tempat di rumah itu ditelitinya satu persatu. Namun, TIADA.
.
.
Anak : "Takdelah ayah. Hairan. Selalunya waktu tak cari, ada je semut."
.
.
Si ayah cuma tersenyum. Kemudian si ayah menumpahkan sedikit air manis di atas coffee table. Si anak memerhati dengan minat.
.
.
Ayah : "Mencari semut memang sesuatu yang menyukarkan wahai anakku. Namun untuk memanggil ia datang, tidak sesukar mana. Kita jemput dia. Kita jangan cari. Susah kalau nak cari ni. Kita jemput."
.
.
Si anak mengangguk-angguk. Masih samar-samar. Tetapi si anak tetap yakin yang ayahnya ada sesuatu yang lebih besar ingin disampaikan.
.
.
Ayah : "Begitu juga dengan REZEKI."
.
.
"Untuk mencari dan memburu rezeki, ia adalah sesuatu yang sukar dan selalunya meletihkan. Jadi, kita JEMPUT REZEKI untuk hadir dalam hidup kita. Kita lakukan sesuatu yang bisa menjadikan REZEKI datang bertubi-tubi. Bertali arus."
.
.
Si anak tersenyum. Sekarang dia faham. Kerana saat itu juga dia nampak sudah ada beberapa ekor semut yang entah daripada mana datangnya, menghurung air manis yang ditumpahkan tadi.
.
.
Anak : "Macam mana caranya ayah?"
.
.
Soalan yang penuh dengan keterujaan untuk tahu.
.
.
Ayah : "Banyak caranya wahai anakku. Cukuplah ayah beritahu 3 cara terlebih dahulu."
.
.
PERTAMA : JAUHKAN DIRI DARIPADA MELAKUKAN DOSA.
.
Dosa menjadi penghalang untuk kita merangkul rezeki yang sebenarnya sudah terhidang untuk kita. Dosa menjadikan hati ini hitam. Dosa menjauhkan kita dengan Yang Maha Memberi Rezeki. Malah dosa mendekatkan kita dengan golongan dilaknat Tuhan selamanya ; iblis dan tenteranya.
.
.
Jangan hisap rokok. Jangan hisap vape. Jangan tonton video lucah. Jangan couple pegang-pegang tangan. Jangan mengumpat dan mengata kat orang. Jauhi sifat mazmumah. Semua ni akan jadi sebab rezeki tersangkut!
.
.
KEDUA : BERTAUBAT. MOHON AMPUN KEPADA ALLAH.
.
Jadilah orang yang sentiasa memohon ampun kepada Allah. Ya, solat taubat. Atau beristighfarlah dengan sungguh-sungguh hati. Minta maghfirah. Kerana ini janji Allah. Dia akan kurniakan rezeki kepada mereka yang beristighfar.
.
Duduk sebentar. Dan lafaz istighfar itu betul-betul.
Bukan sekadar ada tasbih elektronik di jari tapi sekadar tekan tanpa kesan di hati.
Malah dirasa diri lebih bagus daripada orang lain yang tiada tasbih di sisi. Na'uzubillahi min zaalik.
.
.
KETIGA : BERSEDEKAH. BUKAN SEKADAR MEMBERI DUIT.
.
Sesungguhnya, bertasbih, bertahmid dan bertahlil juga adalah sedekah.
Mengajak orang melakukan perkara baik adalah sedekah. Mengajak orang menjauhi kemungkaran juga adalah sedekah.
Maka jangan jadikan alasan yang kita akan bersedekah bila kita sudah kaya.
.
Malah orang menjadi kaya dengan bersedekah. Bukan bersedekah apabila kaya.
.
.
Anak : "Wah, bestnya! Ada lagi tak ayah?"
.
.
Ayah : "Ada. Tapi buat yang tiga ini dulu. Jangan terlalu asyik dengan ilmu sehingga dirimu miskin dengan amal. Buat yang ini dulu."
.
.
.
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Ayuh kita JEMPUT REZEKI daripada YANG MAHA MENGURNIAKAN REZEKI.
.
Ingat kerjaya dan perniagaan kita bukan sumber rezeki kita.
Ia adalah saluran untuk rezeki itu masuk.
Malah Allah boleh datangkan rezeki daripada saluran-saluran yang kita sendiri tidak pernah jangka.
.
Kerjaya dan perniagaan mu adalah ladang untukmu beramal.
Lakukan untuk Allah. Bukan untuk bos.
Lakukan untuk dapat kasih sayang Allah.
Bukan semata mengejar sales, gaji dan upah.
.
.
Bismillah walhamdulillah!
Ini tulisan sahabat saya, Tuan Badrul Sani.
Saya share sebab bagus sangat!
Moga bermanfaat.❤
Untuk Join HB..
Klik 👇 👇 👇 👇