Ahad, 3 September 2017

KENAPA KITA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN?


..
TAPIIII..TAK SABARRRR...NAK KAYA KAN DIRI SENDIRIII..
Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat.
Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu.
Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
Harapan tinggi menggunung...tapi bila dilandai badai sikit pun dah mula rasa goyah.
Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.

Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru seminggu.... sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain pun. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak..dan mak ayah kita... Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri? Kayakan diri sendiri?
.
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah hala tuju anda
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
Buatlah BISNES dgn hati yg tulus dan ikhlas kerana Allah..Nawaitu kita tu kena jaga…..
Motivasi BISNES hari ini 