Isnin, 6 Julai 2015

Tiada modal dalam memulakan perniagaan… baca ni dulu





Rata-rata, bila ditanya memang minat memulakan perniagaan.
Tetapi, ramai juga antaranya yang melengah-lengahkan waktu untuk memulakan perniagaan.
Lebih-lebih lagi kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. “Takde Modal” sering menjadi kekangan dalam berbisnes.
Apatah lagi kalau perniagaan yang ingin dimulakan adalah perniagaan yang besar.

Hendak melakukan pinjaman perniagaan dari bank, waktu ini agak sukar, tidak seperti dulu.
Ada juga yang bergantung kepada ingin mendapat bantuan modal dari kerajaan untuk memulakan perniagaan.
Tidak salah kedua cara ini, namun kedua cara ini adalah cara yang tidak pasti akan dapat.

Apa yang pasti adalah usaha kita sendiri dalam mencari modal dan bukan alasan tidak mahu mencari modal.

No modal....

Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang ingin memulakan perniagaan restoran, kekangannya memulakan restoran kerana tiada modal. Saya bertanya, apa yang diperlukan?
Jawapannya sewa premis, tukang masak, meja, kerusi, kaunter, barang hiasan dan seribu satu lagi perkara.
Jumlah modal yang diperlukan dalam RM200,000.

Saya tanya semula kepadanya, kenapa tidak mula secara kecil -kecilan dahulu...
Buka gerai, atau pushcart, atau gerai mobile yang agak murah, dan kumpulkan duit dulu sehingga cukup untuk membuka restoran.

Jawapannya pula “Alaa… susah la camtu”

Susah?

Terkejut juga saya mendengarnya.
Menunggu modal RM200,000 untuk membuka restoran, tidak pula susah.
Tetapi memulakan perniagaan kecil dilihat susah?
Cuba mencari pinjaman bank atau cuba mendapat geran kerajaan tidak pula susah, tetapi berusaha berniaga dari kecil dan kembang menjadi besar, susah pula?

Pelik juga manusia ni

Tetapi, hakikatnya itu yang terjadi selalu.
Ramai yang ingin memulakan perniagaan yang terus besar.
Terus nampak hebat, mempunyai premis, pekerja yang ramai, dan peralatan yang canggih.
So, bila keluarga, saudara mara atau kenalan lihat, nampak agak gah perniagaan yang kita jalankan.

Tidak ramai yang sanggup bermula kecil dahulu, untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit, dan kembangkan perniagaan secara berperingkat.
Mungkin mereka tidak dapat lihat, perniagaan kecil hari ini, 10-20 tahun yang akan datang boleh menjadi besar dengan usaha yang dilaburkan.

Masalah yang lebih besar adalah, sekiranya bermula perniagaan yang bermodal besar terus, tanpa pengalaman berniaga, besar kemungkinan perniagaan itu akan gulung tikar.
Yang bankrupt pun ramai.
Nauzubillah.
Mana taknya, pengalaman berniaga kecil pun tiada, masakan pula nak berniaga terus besar?
Modal besar, maka tanggungjawab juga besar.
Ianya tidak semudah yang dilihat.

Tetapi, sekiranya bermula kecil, maka risiko juga adalah kecil.
Namun, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil itu.
Pengalaman berniaga akan menguatkan kita sebagai usahawan peringkat demi peringkat.
Nanti, bila perniagaan menjadi besar,
InsyaAllah segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar.

Peringatan saya kepada bakal usahawan, tidak perlu menjadikan modal sebagai alasan.
Mulakan kecil dahulu.


***************************************************

Di STG kita bermula dengan modal yang sangat kecil RM50 telah melayakkan kita menerima banefit yang sangat besar.
Saya sendiri bermula begini.
Produk semua dah tersedia dan kita tinggal pasarkan sahaja,
Tanpa perlu bermodal lagi untuk sewa kedai atau gajikan pekerja.

Bukan itu sahaja kita juga mampu beri orang lain menjadi kaya raya seperti kita hanya pun bermula dengan modal yang sangat kecil sahaja.
Ramai mentor yang membimbing kita berjaya seperti mereka.
Kita bebas uruskan bisnes online STG kita.
Kita punya banyak masa bersama keluarga, malah kita boleh berada di mana mana jua dan bisnes kita tetap berjalan lancar.
Kita bimbing bisnes partner kita walau kita tak pernah jumpa.
Bukan kah sangat hebat #ProjekSTG kita?

Pengalaman sendiri oleh Mentor Nor Arbaayah Ramli

Saya buka butik modal besar namun akhirnya rugi.
Saya buat STG modal kecil kini sangat berjaya.
Alhamdulillah.

Renung dan fikirkan....
#MentorCikguNorSTG