Jumaat, 15 Ogos 2014

Qurban & Solat Awal Waktu

Tazkirah pagi (copy paste):  

Kisah benar tentang Qurban Aidil Adha ini mungkin boleh memberi pengajaran dan keinsafan kepada kita yang mempunyai hati-hati yang tidak berapa lembut ini..
Menarik kisahnya seorang anak dan ibu nya yang sudah tua dan uzur bersama seorang pedagang binatang Qurban..

Alkisah di ceritakan oleh seorang pedagang binatang qurban tentang pengalamannya:
Suatu hari seorang ibu di usia awal 40an datang memperhatikan dagangan saya. Dari penampilan luarannya, nampaknya dia tidak akan mampu membeli haiwan ternakan ini. Namun saya cuba juga menghampiri dan menawarkan kepadanya,

“Silakan bu…”, lalu ibu tadi menunjuk salah seekor kambing termurah sambil bertanya,” ye kalau yang itu berapa Pak?”.
“Yang itu 700 ribu (RM190) bu,” jawab saya ringkas. “Berapa Harga terendah?”, Tanya kembali si Ibu.
“600 ribu (RM160), harga itu untung saya kecil, tapi tak apalah…… . 
“Tapi, wang saya cuma ada 500 ribu sajer (RM130), boleh pak?”, pintanya. 


Waah.., saya jadi pening, kerana itu harga modalnya, akhirnya saya berbincang dengan teman dan saya pon bersetuju walaupon tidak untung..
Nah.. tak apalah, ambillah. Lalu saya berikan saja dengan harga modal itu kepada ibu tersebut.

Saya pun menghantar kambing Qurban tersebut sampai kerumahnya.  Sebaik sahaja tiba dirumahnya, lalu saya terkejut..
“Astaghfirullah……, Allahu Akbar…, terasa menggigil seluruh badan kerana melihatkan keadaan rumah ibu itu yang sangat uzur.


Rupa-rupanya ibu itu hanya tinggal bertiga, dengan ibunya dan anak lelakinya yang masih kecil dirumah usang yang berlantai tanah tersebut. Saya tidak nampak pon ada tilam, ada kerusi di ruang tamu, apatah lagi perabut mewah atau barangan elektronik. Yang saya lihat hanya katil kayu yang beralaskan tikar dan bantal lusuh. Rumah yang tidak ada bilik dan terhalang dari pandangan.
Diatas katil kayu itu, terbaring seorang nenek tua yang kurus.

“Mak….. bangun mak, tengok nih, saya bawakan apa di rumah ini.?”, kata ibu itu pada seorang nenek yang tidur dan akhirnya terbangun.
“Mak, saya sudah belikan emak seekor kambing untuk di buat Qurban, nanti kita hantarkannya ke Masjid ya mak….”, kata ibu itu dengan wajah penuh kegembiraan dan puas.
Si nenek tadi sangat terkejut meski nampak bahagia, sambil dia membelai kambing yang berdiri di sebelah katilnya..

Lalu nenek itu mengucapkan rasa syukur “Alhamdulillah, kesampaian juga kalau emak mahu berQurban”.
“Ini Pak, wangnya, maaf jika saya menawar harga kambing ini terlalu murah, kerana saya hanya tukang cuci di kampung sini. Saya berusaha mengumpulkan wang sekian lama untuk membeli seekor kambing yang diniatkan buat qurban atas nama ibu saya….”, kata ibu tadi.
Kaki ini bergetar, hati terasa sebak, dada terasa sesak, sambil menahan titisan air mata, saya berdoa , 
“Ya Allah…, Ampuni dosa hambamu ini, 

Aku malu berhadapan dengan hamba-Mu yang pastinya lebih mulia ini, seorang yang miskin harta namun kaya Imannya. Ibu ini begitu luar biasa”.

“Pak, pak... ini ada sedikit wang upah  kerana mengantar kambing ini ke rumah…”, panggil ibu itu,”
Saya tidak melihatnya dan tidak mahu ambil tahu berapa nilaiannya lalu dengan rasa sayu, saya berkata..

"Sudah bu, biarkan tambang kendaraanya saya yang bayar’ dengan wajah yang malu dan sayu.
Saya cepat-cepat pergi sebelum ibu itu tersedar yang mata ini sudah basah air kerana tidak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNya yang sangat sabar, tabah dan penuh keimanan ingin memuliakan dan menggembirakan orang tuanya..
Masyaallah.. Allahu Akbar.!


Morale of the story, wahai diriku dan sahabat2ku..

Untuk menjadi mulia ternyata...
tidak perlukan harta berlimpah dan berjuta-juta, 
tidak juga perlu mempunyai gelaran kenamaan Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri Diraja ataupun Tun,
tidak perlu punya kedudukan yang tinggi sebagai Sultan, menteri, ketua pengarah atau pun Mufti
tidak juga perlu punya kuasa superpower dan pengaruh yang di beli dengan wang ringgit...
Cukuplah kita belajar dari sifat keikhlasan yang luhur dari si ibu tadi.. demi untuk mencapai erti kemuliaan hidup.


Berapa ramai diantara kita yang diberi kecukupan dan kekayaan serta kemewahan demi kemewahan..., namun masih ada sahaja keengganan dan pelbagai halangan untuk berQurban, bersedekah, menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah, ..
Kalau pon bukan harta dan wang ringgit, 
Sekurang-kurangnya masa dan tenaga untuk pengorbanan di jalan Allah..


Ramai dari kita termasuk saya..masih tersangat sayang akan harta dunia yang sudah di kumpul setinggi gunung,
masih khuatir simpanan akan berkurangan dan habis di berikan kepada orang lain.

Kita boleh sahaja membeli handfone yang mahal, jam tangan dan beg yang berjenama, ataupun pelbagai  aksessoris yang melekat di tubuh kita yang harganya jauh lebih mahal dibandingkan harga seekor haiwan Qurban ataupun sebahagian darinya, iaitu 1/7 bahagian.
Kenapa kita rasa macam tidak mampu, atau masih lagi suka menangguh-nangguhkan melakukan perkara-perkara dan kerja-kerja kebajikan dan amal soleh.? 

Hakikat sebenarnya kita mampu..!.. 
kita boleh sahaja sediakan hampir segalanya..
Kita mampu melanggan Astro, kita mampu melancung ke dalam dan luar negara,
Kita mampu makan makanan yang mahal-mahal di restoran dan hotel yang mahal-mahal..
Kita mampu membeli atau membayar ansuran motorsikal berkuasa tinggi, ansuran kereta mewah dan ansuran rumah yang mencecah lebih dari harga satu bahagian lembu Qurban....
Namun sering kita sembunyikan di sebalik kata-kata "TIDAK MAMPU"  ini. Terimalah hakikat dan kenyataan ini..


Ayuh para sahabat..marilah kita menunaikan ibadah korban yg sgt di tuntut setiap tahun..bukan sekali seumur hidup..!!
Moga2 Allah memilih kita utk membuat kebaikan dan kita sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Taala..amin
Subhanallah.....

*★:**********★******★********★*******


Pernah tak dengar orang cakap 
"Malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal", 
atau sendiri pernah rasa macam tu? Saya selalu rasa macam tu dan tertanya juga kenapa. Tapi bila difikirkan semula, bukan setakat solat Isyak. Bahkan, untuk setiap waktu solat, kalau kita tunaikan pada awal waktu, kita akan terasa bahawa masa tu lebih panjang jika nak dibandingkan dengan waktu yg kita solat lewat.

Ini semua ada kaitan dengan keberkatan masa. Berkat itu ertinya ziyadah: pertambahan, kekal, atau tempoh panjang yg terisi kebaikan. Jadi bila org kata, "semoga dpt rezeki yg berkat", itu bererti kita berdoa supaya dpt rezeki yg tidak cepat habis, dan digunakan dgn cara bermanfaat. 

Keberkatan masa pula bagaimana? Bererti, masa terasa panjang, sentiasa cukup waktu utk menyiapkan kerja2 kita atau perkara2 yg tidak sia2. Pernah tertanya tak? Bila kita tgk seseorang tu, nampak sibuk, anak ramai, jawatan besar, tapi banyak kerja2 yg dapat dia siapkan seperti menulis byk buku, khidmat masyarakat, join program itu ini, dan pelbagai lagi tugasan yg menuntut byk masa darinya tapi sentiasa shj dia berjaya melakukannya dengan baik. 

Subhaanallah. Begitulah, jika kita menjaga apa yg Allah suruh dan tidak leka dgn dunia, inshaAllah keberkatan itu sentiasa akan mengiringi. InshaAllah. Jom tanamkan azam utk sentiasa solat awal.