***********************************************************************
Kita senyap-senyap kumpul ASET !!
Nak beli rumah atau tanah tiap-tiap bulan mmglah tak mampu. π₯΄π₯΄
InsyaAllah.
Kalau ASET KUNING ni,
kita mampu top up tiap-tiap bulan.
Tak mampu beli rantai leher gajah,
Kita top up cincin emas.
Tak mampu order gold bar 10 gram,
Kita pinang gold bar 1 gram dulu.
Kita slow slow tekan speed ikut kemampuan masing-masing.
Sambil-sambil tu,
dah boleh STOP BOROS
dan cuba buat kerja parttime untuk cari duit lebih nak shopping emas tiap-tiap bulan.
π€©π₯°
***********************************************************************
Harga EMAS sentiasa berubah :
Setiap saat, Setiap minit, Setiap jam, Setiap hari, Setiap masa.
Turunnya sekejap je tapi bila naik harganya melambung!
Terimalah hakikat yang harga emas sentiasa naik, terus naik, makin naik, melonjak naik.
Jadi nak memiliki ASET emas tak boleh bertangguh.
Sikap bertangguh merugikan diri.
Jangan tak tau,
Harga emas yang melambung tu menunjukkan SUSUT nilai wang kertas.
Tak mustahil in FUTURE,
Nak makan nasi lemak kat warung Pak Mat pon terpaksa bawak duit sampai dua, tiga guni.
Takkan nak dibiarkan,
Dibimbangi kita tak mampu memiliki walau sebesar debu emas pun jika kita tak memilikinya sekarang!
Masa tu tak guna dah nak menyesal dengan kata-kata,
“Kalaulah masa emas murah dulu aku beli…
kalaulah…kalaulah…”.
Masih nak tunggu-tunggu lagi ke ?
Ayuh, jom kita mengorak langkah membeli emas.
Biarlah bermula dari 0.25gram pon,
Tak mustahil boleh ada SAVING sehingga SEKILO GRAM
Jika kita KONSISTENT dalam menyimpan.
Alhamdulillah,
sekarang harga EMAS masih mampu milik.
"Emas pelindung kekayaan yang sebenar.
Jom bertindak SEGERA,
Simpan dari SEKARANG ♥️
*****************************************************************
LEBIH LAMA
Konsep simpan emas ini sama seperti kita simpan duit cash dalam bank.
Tapi bila simpan duit,
Tak pulak berjaya simpan RMXXXX K dalam akaun bank dalam masa setahun π
Bila kita start bekukan/menyimpan duit dalam emas,
Macam tak percaya duit simpanan dah terkumpul RMXXk.
Based on experience laa,
Kita boleh bekukan sedikit duit kita emas (5%-10%)
untuk mengelakkan kita berbelanja sesuka hati.
Untuk mula menyimpan emas,
kita boleh start simpan emas ikut poket sendiri,
jangan ikut-ikut orang.
Kita sahaja tahu gaji kita berapa,
Komitmen bulanan kita berapa dan bajet simpanan kita berapa.
Jika konsisten menyimpan 1gram bulan bermula bulan ini
dan di akhir Disember akan dapat 7 gram terkumpul.
Cara ini lebih mudah dan flexi ✌️π
Jom mula πͺ
*******************************************************************
DARI RM50 KE 1 GRAM EMAS
1. Simpanan boleh bermula serendah RM50 sebulan jika kita belum mampu π
2. Bila disiplin menyimpan bulanan semakin baik, naikkan nilai simpanan dari :
RM50 kepada RM100
dari RM100 kepada RM150
dari RM150 kepada RM200
& dari RM200 kepada RM250
3. Jika gaji kita RM2500,
RM250 ini baru bersamaan 10% gaji kita.
RM250 ini juga bersamaan harga semasa 1 gram emas 999
"Perghhh.. simpan 1 gram emas sebulan?
Mana mampu.
Kereta nak kena bayar lagi π
"
4. Boleh sebenarnya.
Cuma sebab kita BELANJA DULU baru nak menyimpan.
5. Kalau kita MENYIMPAN DULU
baru nak belanja, mesti MAMPU ππͺ
Jom kita menyimpan mulai hari ini
*************************************************************************
Sebenarnya keuntungan simpan emas ni bukan terletak pada berapa awal kita bermula.
Tapi terletak pada betapa konsisten kita menyimpan emas setiap bulan.
.
Andai kata kita bermula Januari 2015 dengan 1 gram,
Kemudian hari ini kita masih ada hanya ada 1 gram, ini bagi saya sangat merugikan.
Sedangkan kalau kita simpan emas 1 gram 1 bulan dari bulan January 2015 sehingga April 2021,
Hari ini kita sudah ada 64 gram.
Dan biasanya bagi penyimpan emas, ramai yang akan ada lebih banyak gram!
Mari kita tengok perbezaan.
Saya bagi contoh mudah ya.
Andaikan ada kenaikan emas sebanyak RM 50 segram.
Bagi yang hanya ada 1 gram dalam simpanan,
sangat jauh bezanya kalau nak dibandingkan.
1 gram untung RM 50
64 gram untung RM 3200
Ya, tempoh masa sama.
Tapi keuntungan jauh berbeza.
Sebab tu, bila kita simpan emas,
fokus kita adalah pada pertambahan gram emas.
Makin banyak emas yang kita simpan,
Makin banyak duit simpanan kita.
Untung pun lebih tinggi.
Semoga terus konsisten menyimpan emas walaupun serendah RM 100 ya π
*************************************************************************
Yang ada duit tapi TAK SUKA EMAS, tak mengapa.
Hari ini ada duit, esok belum tentu adaπ
Fungsi utama ialah SIMPANAN yang mana LEBIH HEBAT daripada simpanan duit untuk LONGTERM.
Berubahlah kepada simpanan yang susah bocor.
Pastinya EMAS.
Bila kita suka memakai, pakailah.
Kalau tak suka pakai pun tak apa.
Beli emas goldbar, dinar, syiling (999.9).
Simpan sahaja.
YANG PENTING KITA SELAMATKAN NILAI RM kita yang semakin hilang nilainya melalui fungsi utama.
Tapi sayangnya masih ramai masyarakat yang tak menyedarkan diri lagi.
Dalam situasi ekonomi semasa,
Masih hebat spend duit untuk tudung, handbag, aksesori dan lain-lain daripada beringat untuk tabungan masa susah.
Membantukah benda2 itu semua semasa kita berada dalam KECEMASAN atau SUSAH.
Yang cakap tiada duit itu bukan alasan, asasnya kena paksa diri buat simpanan.
Kena ubah cara hidup daripada terus berbelanja benda yang tidak berapa penting.
Utamakan keperluan daripada keinginan.
Set minda kumpul aset, aset, aset!!
Mampu beli rumah cash?
Mampu beli tanah cash?
Jom simpan emas 1gram 1bulan.
Nak bermula??
GB 1gram 999 ada,
GB 1gram 916 pun ado.
Hanya di Orodesign.
*********************************************************************
Nak mula simpan emas ,
jangan ikut cakap orang yang kayangan.. orang Ada2..
Ikut pada poket Kita,..
Yang penting beli emas dapat emas terus..
Dan paling penting beli emas takde kos2 tersembunyi yang lain.
Beli sikit2.. lama2 jadi banyak..
Kalau bercakap pasal susutnilai,
Goldbar yg Makin ringan susutnilai mmg Makin besar sebab kos pembuatannya lebih tinggi sedikit.
Tapi kena ingat.. tabungan emas ni bukan beli harini jual esok.
Ia adalah tabungan jangka panjang..
Apa2 kecemasan
Kita boleh terus fungsikan sebab ianya Ada di tangan. Barang nyata..
Antara goldbar dgn brg kemas, brg kemas lagi tinggi susutnilainya.. lagi2 yg bawah 0.5g..
Takde pula orang menghalang untuk membeli..
Bahkan promote besar besaran sbb brg bajet..
Terus lupa tentang susutnilai brg tersebut.
Bila Ada ilmu FUNGSIKAN EMAS, bermula dari 0.25g atau 0.5g,
Tak mustahil simpanan emas boleh menjadi ratusan gram bahkan boleh cecah sekilo...
Kalau Tak mula, sampai bila takde tabungan emas fizikal.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KELEBIHAN EMAS
Banyak Kelebihannya Jika Kita Menyimpan Emas ni.
Bagi mereka yang boros dan kuat joli, emas boleh dijadikan salah satu bentuk simpanan masa hadapan.
Sesetengah orang jenis yang tak boleh nak simpan duit, ada duit habis semua digunakan, nafsu menguasai diri,dirasuk syaitan untuk membeli pelbagai jenis barang.
.
Jadi jalan terbaik bagi penyakit boros adalah dengan menukar cara simpanan kita.
Tukar daripada simpanan duit kepada simpanan emas, cukup sekadar sebulan segram, bukan banyak pun tapi memadai sebagai langkah permulaan.
Selebihnya kalau bolehlah simpan dalam tabung haji atau ASB.
.
Simpanan emas sangat bermanfaat.
Di saat mana mana negara ditimpa musibah kejatuhan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang,
Maka kita boleh menyimpan kekayaan dari terus dimakan inflasi.
Kita dapat mengimbangi kekayaan kita dengan inflasi semasa dengan menyimpan aset. \
Sebagai contoh hartanah dan emas adalah aset terbaik.
.
Memang kita rasa simpan duit di bank lebih selamat dari segi kuantitinya tapi tidak dari segi nilainya.
Kalau kita tengok RM 10k hari ni tidak akan sama nilainya RM10k 10tahun akan datang.
.
Barang yang kita beli dengan harga 10k hari ni ,tidak akan dapat dibeli 10tahun yang akan datang..bukan kita tak hadap, tapi minda kita belum terbuka.
Pada tahun 1998, nilai mata wang kita pernah susut nilainya hingga 50% tapi ini belum pernah berlaku pada emas. Kalau emas jatuh nilainya pun sekurang-kurangnya emas ditangan kita.
Selagi kita tidak menjualnya selagi itu kita tidak akan rugi.
Emas juga boleh dijadikan sebagai wang antarabangsa. Sebab emas tiada sempadan tempat dan masa. Emas sangat bernilai diseluruh pelusuk dunia.
Sebagai pelabur pula, emas boleh dijadikan pelaburan tetapi pastikan kita beli dalam bentuk yang lebih besar contohnya yang 100g, 250g atau 1kg.
Beli masa harga rendah dan jual ketika harga tinggi.
Baru dikatakan bijak..
Beli dan simpan bila cukup masa kita jual..
Emas juga boleh dijadikan sebagai pusingan modal perniagaan sama ada untuk peniaga kecil mahupun besar.
Dengan menjadikan emas sebagai modal pusingan, peniaga dapat pastikan yang modalnya tidak tergunakan tanpa sengaja terutama bagi peniaga yang bermusim.
Emas juga tidak ada dalam mana-masa sistem kewangan kita, jadi tiada siapa yang tahu tentang kekayaan kita jika kita menyimpan emas..
Orang yang diistiharkan muflis juga boleh simpan dan beli emas tanpa pengetahuan bank atau pihak lain.
Emas ni boleh dibeli dan dijual secara runcit...sikit-sikit la..
Jadi bagi mereka yang susah hendak menyimpan duit, simpanlah emas sikit-sikit pun tak pa..
Lama-lama jadi bukit..
Beli sebulan segram dah memadai.
Kemudian dari simpanan emas tukarlah jadikan ia sebagai pendahuluan pembelian rumah pertama π anda dan rumah-rumah seterusnya.
Simpanlah sebulan segram,
Jika mampu sebulan 1dinar,
Jika lebih mampu beli la sekilo untuk dijadikan sebagai pelaburan..π
Mulakan simpanan hari ni demi masa hadapan.
Bak kata pepatah Simpanan menjamin masa hadapan kita.
Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama anda yang rugi.
Jangan takut untuk mengorak langkah.
Bermula dari sekarang supaya tidak menangis kemudian hari.
Nak mulakan simpanan emas serendah 0.25g, hari ini?
Mari saya bantu, klik saja link di bawah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P I L I H A N H I D U P
Semua orang diberikan peluang untuk buat pilihan bagaimana nak mengatur kehidupan dan kewangan, ianya boleh jadi baik atau tidak baik pada masa akan datang bergantung pada keputusan kita hari ini.
Ianya boleh jadi baik pada kita dan tidak baik pada orang lain, baik atau tidak bergantung kepada keperluan semasa kita. Tidak semua perkara sesuai dengan kita sesuai untuk orang lain.
Ada yang sesuai naik kereta pergi kerja,
Ada yang sesuai naik motor pergi kerja.
Tak kurang juga yang sesuai naik grab pergi kerja.
Kenderaan adalah salah satu alat untuk kita bergerak dari titik A ke titik B,
Apa yang penting kita selamat sampai pada waktunya.
Ada orang sanggup berhutang ratus ribu hanya untuk beli kereta untuk pergi kerja, kerja siang malam untuk bayar hutang kereta dan servis kereta.
Ada yang sanggup naik motor pergi kerja, duit lebihan buat simpanan emas berkilo di rumah.
Hehehe.
Bila kita bijak buat pilihan, kita ada banyak peluang untuk buat simpanan. Bila kita ada banyak simpanan, kita ada banyak peluang untuk melabur untuk gandakan simpanan tersebut dengan risiko yang sangat minimum.
Bila kita banyak simpanan kita boleh dapat beli banyak rumah sewa, boleh beli banyak saham syarikat, boleh invest dalam unit trust, boleh simpan ASB, boleh simpan Tabung Haji, boleh simpan SSPN, dan boleh simpan berkilo-kilo emas.
Untung orang yang bijak buat pilihan dalam kewangan, hidup lebih teratur dan tenang setiap hari memikirkan nilai aset simpanan makin bertambah. Segalanya bermula dari serendah simpanan RM1 setiap hari ataupun #satugramsatubulan.
Gaji kita tanggungjawab kita, urus gaji kita dengan baik insyaallah kita boleh hidup dengan teratur dan tenang.
Saya doakan semua sahabat saya diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan untuk terus berusaha mencari rezeki dalam usaha memperbaiki kewangan diri dan keluarga insyaallah. Aminnn. π€²π»
Jom simpan emas untuk bina kewangan yang lebih baik pada masa depan.π
