Kak HB share kat sini utk tatapan kita semua.
.
.
.
..
Tak ada masalah nak share resipi, share sahaja.
Tak ada masalah nak kongsi tips DIY, kongsikan sahaja.
Tak ada masalah nak cerita banyak buku, silakan.
Tak ada masalah nak beritahu anak ada banyak mainan, teruskan.
Semua orang ada bahagian masing-masing. Orang yang hatinya bersih, akan ambil itu sebagai ilmu dan kebaikan.
Tak semua orang punya rezeki begitu, namun kita bertuah dapat lihat benda yang kita tak punya, tak pernah kita tahu dan kita sendiri boleh pasang impian mahu begitu.
Perintah Kawalan Pergerakan ini bukannya kematian kepada usaha kita. Boleh jadi inilah medan belajar paling besar untuk mengawal emosi, membentuk hati dan menurunkan ego.
Kawan-kawan,
Tak ada salahnya menjadi orang susah.
Tak ada dosanya menjadi orang sederhana.
Yang jadi salah jadi dosa ialah tak habis-habis perli, benci dan meletakkan kejahatan kepada orang kaya.
Jika ada yang kaya raya berbuat begitu, menunjuk, riak, dan memandang kalian dengan hina, percayalah, ia juga adalah pelajaran untuk kita.
.
Apabila kita dah kaya nanti, kita tak buat begitu kepada orang lain pula.
Mereka yang begitu begini tak akan terkesan dengan cercaan kita, yang boleh runtuhkan kesombongan mereka ialah bala dari Tuhan sahaja.
Kawan-kawan, kita manusia.
Jika kita sudah susah harta, sederhana pendapatan, mari kita sama-sama kaya hati, kaya perasaan dan kaya kehidupan.
Benar, saya yakin itulah kekuatan kita selama ini.
Terus kuat, sabar dan sentiasa cari peluang untuk bangun lagi dan lagi.
Iya, orang bijak, memandang sisi belajar.
Kredit đŸ‘‰Khairul Hakimin Muhammad
#BringTheGoodVibes Via Telegram