Sabtu, 5 Jun 2021

Bersyukurlahh..

.

Kehidupan kita semakin singkat... lagi2 bila berhadapan dengan situasi Covid-19.

Entah esok.. entah lusa kita di jemput.. walaupun ia hanyalah asbab sebab "bila tiba masa" .. tiada istilah minit yang tertinggal.
.
Tapiiiii.
Janganlah baru dengar guruh.. air dalam tempayan dicurahkan begitu saja... kerana masih ada angin/ribut yang akan buatkan hujan belum tentu turunn. 
Tolongggg laaa..
Bersyukurlah..
Kat luar sana ramai orang yang sedang diuji dengan ketidakcukupan.
Astaqfirullahal azimm 100x.
Semoga kita dijauhkan dari sifat sebegini dan dijauhkan dari insan yang ada simptom2 sebegini.
.

#BringTheGoodVibes 
Cuba untuk #MelatihDiriMenjadiLebihPositif

Selasa, 1 Jun 2021

Demi menjaga hati sendiri

.


Ada kala mata terpaksa dibutakan.
Ada kala mulut terpaksa dibisukan. 
Adakala telinga terpaksa dipekakkan.
Adakala tembok jurang terpaksa dibina.
Kenapa.?
Untuk mengelakkan diri sendiri dari terus sakit,
Untuk menjaga hati yang semakin membengkak akibat luka rasa. 
Untuk menjaga tuturkata balas yang akan buatkan hati lebih tersiat.
.


Betul pepatah lama mengatakan. 
Pinggan yang retak... tak akan kembali rata seperti kejadian asal. 

Walau apa pun tindakan yang kita cuba lakukan.. biarlah hanya Allah yang tahu.
Serahkan segalanya padaNya. 
Pasrah & Tawakal.
Pasti Allah akan selesaikan... samada cepat @ lambat. 
.
Ingatlah.. setiap ujian yang kita terima menandakan ALLAH SAYANG KITA. 





Jom....tukar fokusss.

Nak join agen biz Kak HB?
Kak HB yang pemalu pon boleh jana income dengan biz online #ProjekSTG.
Kalau anda yang jenis peramah mestilah lagi terer jana income online ni.

Jom Daftar kat SINI.
Nanti Kak HB guide step by step