Sabtu, 12 September 2020

Renungan Tentang Rezeki



Diceritakan bahawa ada seorang pencuri kain kafan yang ingin bertaubat. Ia datang ke hadapan Abu Yazid Al-Bustami.
Maka Abu Yazid bertanya kepada orang itu:

"Syukur engkau telah bertaubat, tetapi apakah sebabnya engkau ingin
bertaubat?"

Ia menjawab, "Lebih kurang seribu kuburan telah aku gali, semua muka mereka itu berpaling dari arah kiblat, hanya ada dua mayat yang tetap mukanya menghadap kiblat."

Maka Abu Yazid berkata, " Kasihan mereka! Kerana ragu-ragu tentang rezeki sehingga menyebabkan muka mereka berpaling dari arah kiblat."

Oleh itu, sebagai orang yang beriman, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya.

Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Wallahu'alam