Memaparkan catatan dengan label MUTIARA ILMU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MUTIARA ILMU. Papar semua catatan

Selasa, 1 Jun 2021

Demi menjaga hati sendiri

.


Ada kala mata terpaksa dibutakan.
Ada kala mulut terpaksa dibisukan. 
Adakala telinga terpaksa dipekakkan.
Adakala tembok jurang terpaksa dibina.
Kenapa.?
Untuk mengelakkan diri sendiri dari terus sakit,
Untuk menjaga hati yang semakin membengkak akibat luka rasa. 
Untuk menjaga tuturkata balas yang akan buatkan hati lebih tersiat.
.


Betul pepatah lama mengatakan. 
Pinggan yang retak... tak akan kembali rata seperti kejadian asal. 

Walau apa pun tindakan yang kita cuba lakukan.. biarlah hanya Allah yang tahu.
Serahkan segalanya padaNya. 
Pasrah & Tawakal.
Pasti Allah akan selesaikan... samada cepat @ lambat. 
.
Ingatlah.. setiap ujian yang kita terima menandakan ALLAH SAYANG KITA. 





Jom....tukar fokusss.

Nak join agen biz Kak HB?
Kak HB yang pemalu pon boleh jana income dengan biz online #ProjekSTG.
Kalau anda yang jenis peramah mestilah lagi terer jana income online ni.

Jom Daftar kat SINI.
Nanti Kak HB guide step by step


Sabtu, 12 September 2020

Renungan Tentang Rezeki



Diceritakan bahawa ada seorang pencuri kain kafan yang ingin bertaubat. Ia datang ke hadapan Abu Yazid Al-Bustami.
Maka Abu Yazid bertanya kepada orang itu:

"Syukur engkau telah bertaubat, tetapi apakah sebabnya engkau ingin
bertaubat?"

Ia menjawab, "Lebih kurang seribu kuburan telah aku gali, semua muka mereka itu berpaling dari arah kiblat, hanya ada dua mayat yang tetap mukanya menghadap kiblat."

Maka Abu Yazid berkata, " Kasihan mereka! Kerana ragu-ragu tentang rezeki sehingga menyebabkan muka mereka berpaling dari arah kiblat."

Oleh itu, sebagai orang yang beriman, menjadi kewajipan kita menyerahkan diri kepada Allah terhadap segala keperluan hidup diatas muka bumi ini. Kerana Allah telah menjamin rezeki hamba-hamba-Nya.

Rezeki yang dikurniakan Allah bukanlah untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk, melainkan semua ini untuk bekalan dalam beribadah dan supaya hati kita menjadi tenang. Sebab, kadangkala kemiskinan itu mengganggu fikiran dalam beribadah kepada Allah.

Wallahu'alam

Jumaat, 23 Ogos 2019

Pesanan Dari: Dr Zakir Naik.


.

Kita selalu luangkan
sedikit masa utk Allah.
Tapi DIA selalu menyayangi dan
merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita.
Mari kita luangkan 30 min masa utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, mari kita
sebarkan mesej ini ke
sluruh dunia. Sudikah
anda melakukanya? Jgn
tamatkn pnyebaran
mesej ini.

Kenapa kita mengantuk
apabila SOLAT malam?
Tapi boleh berjaga
sepanjang malam untuk
berwhatsapp.

Kenapa kita bosan bila
lihat & baca AL-QURAN?
Tapi boleh berjam2
lamanya baca whatapps

Kenapa kita sering abai &
padam mesej2 berkaitan
agama? Tapi boleh save
& forward mesej2
kelakar.

Kenapa Masjid makin
sepi? Tapi pasar2 makin
meriah sedangkan
pasarlah tmpt paling
Allah benci.

Kenapa kita selalu
sebut2 nama artis2? Tapi
susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT)
Berfirman: Jika kamu
berpaling dari aku di
depan kawan kamu, Aku
akan berpaling dari kamu
pada Hari Kiamat kelak.

Jika seseorang menutup
satu pintu, Allah akan
membuka dua pintu; Jika
Allah membuka pintu
untuk kamu, hantarlah
mesej ini termasuk saya..

Dikatakan bahawa
apabila Malaikat Maut
cabut nyawa drpd jasad
org yg mati.. Itu satu
pengalaman yang
menyakitkan.
Dikatakan juga bila
manusia dibangkitkan
pada Hari Kiamat, kesan
sakit roh dicabut drpd
jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh
kita utk membaca AYAT
KURSI setiap selepas
solat fardhu.
Dinyatakan sesiapa yang
membaca ayat kursi, roh
mereka akan dicabut
seperti mengambil
sehelai rambut daripada
tepung.. Bayangkan
betapa ringannya rasa
ITU,
Masya-Allah!  Moga Allah
menyelamatkan kita drpd
sebarang sakit dan moga
DIA mematikan kita dgn
iman di hati dan
selamatkan kita drpd
Azab. Aamiin.

Ini perkara biasa kita
buat..
Sebahagian drpd kita
bercakap masa tgh Azan.
..
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW)
bersabda,
Berhenti melakukan apa2
semasa Azan,
walau membaca Quran,
Sesiapa yang bercakap
semasa Azan orang itu
takkan dapat mengucap
Kalimah Shahadat waktu
dia mati.

BACA DOA INI UTK
HIDUP YG LEBIH BAIK..

"Allahumma- inni-ala-
zhikrika-wa Shukrika-wa-
husni-ibaadatika."
.
Doa yg hebat telah
dihantar kepada anda.
Apa yg anda fikir nak
buat dgn Doa ini.
Bayangkan kalau 1000
org baca doa ini sebab
anda. ﺳﺒﺤﺎﻧﺎﻟﻠﻪ  !!!
Subhanallah!!!

Bangun apabila dengar
AZAN, seperti anda
bangun apabila dengar
lagu NEGARAKU

Bacalah AL-QURAN
dengan cermat seperti
anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti
anda takut MATI

Ingatlah MATI, seperti
anda ingat NAMA anda.

MATLAMAT HIDUP KITA
SEMUA ADALAH
KEMATIAN YG BAIK
KHUSNUL KHOOTIMAH

Ahad, 3 September 2017

KENAPA KITA SABAR KAYAKAN ORANG LAIN?


..
TAPIIII..TAK SABARRRR...NAK KAYA KAN DIRI SENDIRIII..
Ramai yang mudah putus asa bila berbisnes.. Ada cabaran sikit dah nak 'give up'. Sales drop sikit dah down, lemah semangat.
Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.
Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu.
Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat income 5 angka.
Harapan tinggi menggunung...tapi bila dilandai badai sikit pun dah mula rasa goyah.
Harap berniaga semua nak mudah saja.. Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan Air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.

Tapi kenapa bila berbisnes.. Baru seminggu.... sebulan... setahun.. 2 tahun.. kita cepat sangat nak putus asa.. Sikit-sikit nak give up. Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain pun. Kita berusaha untuk impian kita. Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga.. anak-anak..dan mak ayah kita... Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri? Kayakan diri sendiri?
.
PERSOALAN NYA...
Apakah impian anda?
Apakah hala tuju anda
Apakah matlamat anda?
Adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan?
Adakah impian anda sudah jadi kenyataan?
Buatlah BISNES dgn hati yg tulus dan ikhlas kerana Allah..Nawaitu kita tu kena jaga…..
Motivasi BISNES hari ini 

Sabtu, 28 Januari 2017

BRANDING DIRI

Sharing yang bermanfaat pagi ini.
Happy Reading 😃

Dalam satu slot dalam Ikim Datuk Maznah share.

Sebenarnya sy pun baru tahu, dulu dia bukan mula-mula terus jadi kaya.

Nak katanya dia hidup sangat susah, sampai tahap susu anak letak satu sudu je dalam botol. Tak de duit dan nak jimat.

Budak kecil dibancuh susu satu sudu sahaja, cairnya jangan kata la, nak kenyang memang tak la.

Apa yang dipesan Datuk Maznah, jadikan kesusahan yang dihadapi untuk kita terus bangkit.

Ada 6 pesanan yang diberikan sebagai ushawan berjaya.

1) nak jadi KAYA , kena jadi usahawan. Ini nasihat yang orang cina bagi pada Datuk Maznah.
.
.
2) modal untuk menjadi usahawan adalah DIRI-SENDIRI. Selagi mana you block your mind, you akan takat tu je, sampai bila tak ke mana.
.
.
3) untuk berjaya , kena bergaul dengan orang berjaya , keluar daripada comfort zone , upgrade diri , ada matlamat.
.
Samala macam nak jadi orang alim dan berilmu kena bergaul dengan orang alim berilmu.
.
4) bermula dengan impian , terjemahkan bagi nampak .
.
5) branding diri , promote diri
.
6) untuk jadi kaya, you kena kerja lebih daripada apa yang dibayar, later you akan dapat lebih daripada apa yang dikerjakan.

#projekSTG

Ahad, 15 Januari 2017

KUASA SEDEKAH


Peristiwa pertama, saya seorang bekas murid sebuah sekolah menengah berasrama di Pahang. Masa zaman saya bersekolah (14 tahun lepas) , duit syiling sangat penting macam nyawa lah. Gigih belanja 20sen kat koperasi semata-mata nak dapatkan syiling 80sen. Nak buat apa? Nak telefon mak ayah tanya bila nak datang, tolong bawak itu ini dan sebagainya. Ada satu hari saya ke klinik sebab demam. Semasa menunggu van sekolah ambil saya selepas menerima rawatan, ada seorang makcik datang kepada saya. “Nak, tolong telefon anak makcik nak. Bagitau makcik dah siap. Boleh ambil dah. Makcik cari syiling tak jumpa”. Masa tu syiling saya sangat kritikal. Sangat sangat. Ada tak sampai seringgit. Nak call mak ayah lagi. Tapi saya pergi kat telefon awam, call no anak makcik tu. Bagitau dah siap semua. Makcik tu tunggu agak jauh dari saya. Tiba-tiba makcik tu datang. “Nah ambil semua duit ni. Tadi guna duit anak kan? Anak makcik dah datang. Terima kasih ye”. Allah. Allah. Allah. Dapat lah dua genggam syiling masa tu. Subhanallah. Terkedu kat situ jugak.

Peristiwa kedua, ketika saya sudah bekerja. Saya bekerja sebagai guru. Ada satu hari saya tengok anak murid saya macam selekeh sangat. Tak makan, tak terurus. Saya panggil beliau dan bertanya “tak rehat ke?”. Jawab beliau “tak cikgu, ayah saya tak kerja” simple. Saya tahu kesusahan beliau tapi tak terfikirlah sampai sedaif itu. Saya hulur RM10. Saya cakap “ambil duit ni buat belanja sampai esok. Jangan tak datang pulak”. Lepas ucap terima kasih terus beliau pergi rehat. Saya pun naik bilik guru. Tiba-tiba ada seorang cikgu jumpa saya “ni RM100 duit dari PIBG penghargaan sebab buat kelas sepanjang tahun lepas”. Dalam masa 10 minit, RM10 saya dah digantikan dengan RM100. Allah Maha Kaya.

Peristiwa ketiga, saya seorang yang ingin punya anak awal. Rezeki saya mengandungkan anak pertama kira-kira lima bulan selepas berkahwin. Sebenarnya tidak terlalu awal bagi sesetengah orang. Sebelum saya tahu saya mengandung, saya pergi ke sebuah rumah anak yatim yang betul-betul dhaif. Masa tu tiada orang sebab semua orang pergi solat jumaat. Saya tinggalkan beberapa beg beras dan saya masukkan sedekah saya di dalam tabung di luar pejabat rumah anak yatim tersebut. Saya tinggalkan nota berbunyi “Sedekah untuk anak-anak. Doakan saya juga dapat rezeki anak.” Beberapa hari kemudian saya dapat tahu saya pregnant. Syukurnya Ya Allah. Saya harap nota tu tak terbang di bawa angin.

Saya rasa cukuplah tiga peristiwa ini sebagai pendorong anda untuk bersedekah. Di sini saya ingin kongsikan sedikit tips : –

1. Jangan tunggu bila ada duit baru nak sedekah. Bila dah sihat baru sedekah. Sebab potensi untuk anda lupa tu sangat tinggi. Sedekahlah supaya anda ada duit. Sedekahlah agar anda sihat.

2. Niat semasa sedekah. “Ya Allah, aku sedekah ni bagi pihak aku dan keluargaku. Berikanlah aku sekian sekian sekian.” Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3. Seeloknya sedekahkan makanan. Biar terus menjadi darah daging dan beranak pinak dengan darah daging hasil derma anda.

4. Kalau nak sedekahkan kepada anak yatim, cari yang betul-betul memerlukan. Biar mereka merasa sama apa yang anda dan anak-anak anda rasa.

5. Nak mengandung? Nak rezeki datang? Sedekahlah. Kadang-kadang kita terlupa bahawa Yang Memberi Rezeki ialah Allah swt.

6. Kalau nak orang doakan, sila nyatakan dengan jelas apa yang anda nak. “Doakan saya dapat baby” “Doakan saya dapat 10A+”

7. Jangan rasa jemu bersedekah. Minggu lepas anda sedekah tak dapat apa-apa yang luar biasa? Ketahuilah anda bahawa mungkin sebenarnya ketika anda pulang dari kerja minggu lepas sebenarnya tayar anda akan pancit. Tapi kerana sedekah anda, rezeki anda untuk berjimat sebanyak RM100. Kita tak tahu. Allah Maha Mengetahui.

8. Sedekahlah pada hari Jumaat untuk dapatkan pahala berganda.

9. Doa juga sedekah. Alfatihah juga sedekah.

10. Kongsikan entry ini juga sedekah. Tolong saya. Saya nak dapat pahala. Orang lain baca dan bersedekah, anda juga dapat pahala.

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk bersedekah sebanyak mungkin dan sedekah kita bermanfaat sebelum kita menghadap pencipta. Saya doakan yang terbaik buat kalian, doakan juga yang terbaik untuk saya dan keluarga.

Ingatlah, rezeki yang berkat itu ada tiga : makanan yang dihabiskan, pakaian/barangan yang digunakan hingga lusuh dan rezeki yang disedekahkan.

Hamba Allah yang mengharapkan pahala tidak putus.

Sumber : IIUMC

Sabtu, 10 Disember 2016

HIDUP ADALAH PILIHAN

Sedap cerita ni..just sharing😊

Ada seorang yang membuka bisnis ZOO HAIWAN

Di pintu masuknya,dia menulis  Rm 10.00/orang tp tdk ada 1 orangpun yg masuk.....

Karena beberapa lama  tidak ada pengunjung maka harga ticketpun ia  turunkan menjadi Rm7.00.. dan tetap tidak 1 orangpun mau masuk....

Dikarenakan masih tidak tidak ada juga pengunjung akhirnya ia turunkan menjadi Rm3.00 dan tetep tidak ada pengunjung yang masuk !!

Akhirnya di tulislah pengumuman:
*"MASUK PERCUMA"*
Kemudian banyak org yang berebut masuk.

Ketika pengunjung di dalam penuh, si  owner ini membuka semua pintu kandang binatang buas Singa..., Harimau..., Serigala..., Ular.... & pintu keluarnya sudah di Kunci !

(Lalu Di pintu keluar di tulis:
*"Keluar Bayar Rm100.00 !!"*

Banyak orang berebut bayar..

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sehat, komsumsi nutrisi penunjang kesehatan ( olahraga, minum air putih, komsumsi nutrisi kesehatan dlm upaya pencegahan penyakit)  banyak org tidak mau....

Tapi kalau sudah masuk HOSPITAL, berapapun mahalnya biaya HOSPITAL,   pasti akan dibayarnya utk dpt sembuh, sekalipun harus jual asset atau berhutang dan cari sumbangan.

Sehat lebih baik daripada sembuh..
Karena Sehat itu murah

Begitu juga spt bab sedekah..masa hidup RM100 tu tersangat berat nk keluarkan..tp bila dah berada d alam barzakh..agaknya jika diberi ksempatan hidup semula, infak RM beribu2 pun dah tak kisah..
Renung2kan..

Khamis, 8 Disember 2016

MLM @ Networking





Kalau org kata MLM/Networking menipu, ?

Jom baca  situasi di bawah... agak2 ada benarnya @ xbenar sama sekali...

    Jendol :            Aku tak suka MLM..piramid..untung kan org atas je..tipu je lebih.
    Amin :               Kalu gitu ko jangan keja la.
    Jendol :            Nape plak??
    Amin :               ko dalam dunia MLM la tu..
    Jendol :            Mana ada MLM dalam makan gaji.
    Amin :               Ko jawab soalan aku. Tokey ko brape org?
    Jendol :            Tokey aku satu orang la.
    Amin :               Manager?
    Jendol :            Ada 3 org..department berbeza.
    Amin:                Supervisor??
    Jendol :            Ada ramai gak.. dlm 10-20 org..
    Amin :               Pekerja macam ko?
    Jendol :            Ada dalam 200 org.
    Amin :               dah tu ko dah boleh fikir??
    Jendol :            ????? (Hati bengkek jer)..Perbualan terhenti seketika..


    Amin :               kat kilang ko sapa gaji paling besar?
    Jendol :            Manager la..
    Amin :               Ko rasa paling kaya sapa?
    Jendol :            Tokey kilang la.
    Amin :               Ko kerja kat situ boleh kaya macam tokey kilang tu?
    Jendol :            tak boleh la.
    Amin :               Itu bezanya dengan bisnes MLM networking..


Sapa rajin dia la kaya. Kalau aku upline ko pun tapi malas buat kerja dan ko buat kerja sungguh2..ko la byk duit berbanding aku.
Lagi satu ko kna faham. MLM tu MultilevelMarketing.

Ia konsep perniagaan yang diiktiraf seluruh dunia.
Ramai orang biasa jd luar biasa sbb bljr untuk berubah bukan asyik kondem dan beri alasan.

MLM tak tipu org,..

Yang tipu org dan buat ramai negatif tentang MLM adalah org yang x bertanggungjawab dan pentingkn diri sendiri.
MLM konvensional TAK boleh buat org biasa jd kaya dan berjaya.
MLM networking kini sebaliknya.


Lain kali belajar ilmunya sebelum kondem mcm2 sbb yg rugi nnt diri ko sendiri..


Moralnya : Belajar dan cari ilmu bru cakap.
Cakap takda ilmu ibarat tin kosong.
Bila diketuk bunyi ja lebih tapi isi tarak..
Langsung xleh pakai.



#CopyNpaste
#GoodSharing

Walaupon Copy Paste... ianya mmg benar...

Sabtu, 17 September 2016

PEMUDA & DUIT SYILING

🍃💞🍃💞🍃💞🍃💞🍃
SOFT REMINDER ~ 🚩

*Wang Syiling* Jatuh Di Hadapan Seorang Lelaki Yg Sedang Asyik Mambancuh Simen. Melihat Logam Kecil Itu,Tangan Lelaki Itu Terhenti Melakukan Kerja.
Tidak Menunggu Lama, Tangannya Segera Mengutip Syiling Itu Dan Dimasukkan Ke Dalam Poketnya.

Dia Menyambung Semula Kerjanya. Sekali Lagi Lelaki Itu Terpandang Duit Syiling Tidak Jauh Dari Sisinya. Lelaki Itu Menoleh Ke Kiri, Kanan Dan Sekelilingnya.Tiada Siapa Yang Berdekatan Dengannya. Sekali Lagi Dia Terus Mengambil Syiling Itu Dan Menyimpan Dalam Koceknya.

Tidak Lama Kemudian, Lelaki Itu Ternampak Lagi Duit Syiling Berdekatan Dengannya. Pun Sama, Dia Mengambil Dan Menyimpannya. "Rezeki Aku !" Kata Lelaki Itu Dalam Hati.

Lelaki Itu Tidak Sedar, Logam Syiling Itu Sebenarnya Dicampakkan Oleh Ketuanya Dari Aras Lapan Bangunan Separuh Siap Yang Mereka Bina Itu. Sebenarnya, Ketuanya Mahu Memanggilnya. Puas Ketuanya Menjerit Daripada Aras Lapan, Cuba Memanggil Lelaki Itu Yg Berada Pada Aras Paling Bawah. Namun, Jeritan Itu Tidak Mampu Mengalahkan Pelbagai Bunyian Mesin Pembinaan Di Kawasan Tersebut. Dek Kerana Itulah, Ketuanya Itu Mencampakkan Syilingnya Dengan Harapan Lelaki Itu Akan Mendongak Melihatnya Di Atas. Mudah-Mudahan Dapatlah Dia Menyampaikan Pesanannya Kepada Pekerjanya Itu.

Sayangnya, Sehingga Habis Wang Syilingnya Dibaling Ke Bawah, Lelaki Itu Masih Belum Jugak Mendongak Ke Atas. Lantas, Ketuanya Itu Mengumpulkan Serpihan *Batu Kecil* Yg Terdapat Di Lantai. Satu Persatu Batu Kecil Itu Dibaling Ke Bawah. Beberapa Kali Batu Itu Mengenai Badan Lelaki Itu. Setelah Merasa Sakit, Lelaki Itu Mendongak Ke Atas, Melihat Dari Mana Datangnya Batu-Batu Kecil Yang Menyerang Tadi. Barulah Dia Ternampak Kelibat Ketuanya Yang Sejak Tadi Cuba Mencuri  Perhatiannya Bagi Menyampaikan Pesanan.

_Sahabat Sekalian;_

Allah Sering Menjatuhkan Rezeki (Ibarat Syiling), Rahmat Atau Kesenangan Yang Tidak Terkira Banyak Kepada Kita.
Tuhan Menjatuhkan 'Syiling' Itu Sebagai Satu Panggilan Agar Kita Sentiasa Mendongak Ke Atas Utk Mengingati Dan Bersyukur Dengan KurniaanNya.

Tetapi, Acap Kali Kita Lalai Utk 'Mendongak' Ke Atas, Sebaliknya Terus Menikmati Pemberian-Nya Tanpa Ucapan Syukur.

Seperti Kisah Ketua Dan Pekerja Tadi, Apabila Jatuhan Syiling Tidak Berjaya Menarik Perhatian, Lalu Dijatuhkan Pula 'Batu' Yg Berupa Musibah, Kegagalan, Keperitan Dan Pengalaman Yg Menyakitkan. Dan Hanya Setelah Kita Merasa Kesakitan Itu, Barulah Kita Teringat Utk Mendongak, Menadah Tangan Utk Bersyukur Mengingati Yang Maha Pencipta Kita.

Semoga Perkongsian Dan Memberi Kesedaran Dan Manfaatnya Bersama.

copy n paste.

Ahad, 17 Julai 2016

Wahai Anak ADAM

SubhanAllah...
Baik petikan ini
Saya telah membaca hadis ini maka mengalir, kdua air mata
memohon kepada Rab'bi agar dpat di sampaikan perkara ini kpada semua yg saya sayangi

           Dari Hadith Qudsi.
Yang menggetarkan segenap
    tubuh serta menunjukkan,
    kebesaran Sang Pencipta.
        Allah Swt. BerFirman :

          Wahai anak adam..
   Aku jadikan engkau dalam
  perut ibu mu ,, dan aku tutup
    wajahmu dengan penutup  
         supaya tak lemas/
terhidu engkau dalam rahim.

           ,Dan Aku jadikan
    engkau tenang dilindungi  
       disebalik rahim ibumu.
   Aku cukupkan bagi engkau
               makanan mu.

            Dan Aku jadikan
di samping kanan dan kirimu
             tempat berpaut.
    Di kananmu hati. { liver }
     dan di kirimu hempedu
           { spleen } ibumu.

                 Setelah itu,
         Aku ajarkan engkau
       untok tetap dan duduk
      di dalam badan ibu mu.
            Adakah yang lain
  selain dari Ku yang mampu
menjadikannya sedemikian.??

Setelah berakhir penciptaan
     mu dan disempurnakan
                kejadian mu,
     aku arahkan kerajaanKu
              dengan penuh
           kasih dan sayang
     untok mengeluarkan mu
                  dari rahim,
  maka dikeluarkanlah dirimu.

         Tiada bagi mu gigi
          untok mengunyah,
jua tangan, untok menggapai,
      juga kaki untok berdiri 
    Engkau tidak punya apa2.

           Aku jadikan susu
     yang lengkap lagi bersih
            dari dada ibuMu,
  yang sejuk di musim panas
   dan panas di musim sejuk.

      Dan Aku letakkan cinta
    dan kasih kepada engkau
dalam diri kedua org tua mu.
     Tidak meniarap engkau
           sebelum mampu,
        tidak duduk. engkau   
           sebelum mampu,
    tidak merangkak engkau
           sebelum mampu,
         tidak berdiri engkau
            sebelum mampu.

    Apabila engkau telah kuat
      untok berjalan sekarang,
           engkau bermaksiat
sa'at engkau berseorangan.!!
         Dan engkau langsung
            tidak malu padaKu.

Maka Aku tetap peringatkan:
          Jika engkau berdoa,
              Aku makbulkan.
        Jika engkau meminta,
                 Aku berikan.
       Jika engkau bertaubat,
Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam .. Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat.. Dan bila kau mati engkau disolat kan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai
                Anak adam..
Ketika lahir tidak kau ketahui
siapa yang mengeluarkan mu
          dari tubuh ibumu,
        dan ketika kau mati
   tidak juga engkau ketahui
    siapa yang memasukkan
        engkau ke kubur mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
                 Anak adam..
         Ketika kau dilahirkan
    ada yang menggosok dan
           membersihkan mu,
      dan setelah engkau mati
    ada juga yang menggosok
       dan membersihkan mu.

    Sungguh ajaib perihalmu
               Anak adam..
   Ketika lahir tidak kau tahu
    siapa yang gembira dan
tersenyum atas kelahiranmu,
         dan setelah ajalmu
     masih engkau tidak tahu
        siapa yang menangisi
     dan bersedih ke Atas mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                Anak adam..
Ketika engkau di perut ibumu
         Aku jadikan engkau,
didalam tempat yang sempit
  lagi gelap, dan apabila mati
  dijadikan bagi engkau kubur
       yang sempit lagi gelap.

     Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam..
Lahirmu terus engkau dibalut
          dengan kain putih
         untok menutupi mu,
        mati mu juga engkau
dikafankan dengan kain putih
         untok menutupi mu.

    Ajaib sungguh perihalmu
                 Anak adam ..
        Apabila engkau lahir
        ditanyakan manusia   
                   mengenai
     syahadah dan perihalmu.

     Dan setelah engkau mati
  engkau ditanyakan malaikat
               tentang amal2
engkau yang sholeh dan apa
      bekalmu untok akhirat?

Paksakan untok sebut di hati
       Dua kalimah Syahadah.
  Asyha' du an Lailahaillallah
     Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas
                  Bismillah.
      Qul hu'wallah hu' Ahad.
           Allah hu'ssomad.
     Lam yalid wa lam yuulad.
   Wa lam yaqullahu kufuwan
                      Ahad

Engkau sebarkan maka setiap orang yg membacanya sperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ
آمين يا الله * آمين يا رحمن * آمين يا رحيم..
               أَمِيْن يَا  رَبَّ العَالَمِينْ.
                                      َ
ِ       ஜ¤═══¤ ۩۞۩ ¤═══¤ஜ
ٍِSemuga kita dapat menyebar
       luaskan kata kata yang
              bemanafaat ini.
   Agar ia akan jadi ilmu Amal
        Jariaah Bagi jawapan
       Di hadapan Allah Nanti..ْ

Rabu, 10 Februari 2016

Motivasi Pagi




Assalamualaikum sahabat hati..

Rasa TAKUT utk mencuba??
>>Itu biasa..

Rasa TAKUT tp tetap ATASI ketakutan??
>>Itu luar biasa😍😍

Bila kita nk ubah diri, nk ubah kehidupan...
Byk sgt "ketakutan" yg bermain d fikiran kita..
Semua tu adalah "small little voice" yg mmg xnak kita BERJAYA..

Bila kita dh jumpa sesuatu yg lengkap dgn ilmu, mentor & sistem..
REBUT peluang dpn mata..
Stop sabotaj diri sndri!!

Give urself a chance to try😍😍
Nothing is INPOSSIBLE until u say NO
EVERYTHING is POSSIBLE if u say YES!!


‪#‎ProjekSTG‬ ‪#‎FromZeroToHero‬ ‪#‎KasihSayangTerbuktiBolehMenjayakan‬







Rabu, 2 Disember 2015

Cetusan Dr.Azizan Osman

Just Sharing...☺  Cetusan Dr.Azizan Osman
Klinik Usahawan IDCC Shah Alam 29 Nov 2015
** 2 sebab kerja atau terus berniaga
1)  Survive
2)  Value

=> Jd kan berniaga utk memberi value kpd org lain..terutama org yg kita sayang
=> Apa2 pun dalam kehidupan kita perlukn duit! cuba set matlamat hidup, 
      Ada tak matlamat yg kita set tu tak perlu duit???

=* Tujuan nak duit
1)  Tenang
2)  Kebebasan kewangan
3)  Kebebasan masa

*Berniaga bukan utk duit semata2, bila ada duit kita mampu memilih..
   cth: nak pg umrah, bila kita berkemampuan, nak bwk satu keluarga pun tak ada masalah..

*Berniaga perlu ada:
➡mentor
➡ilmu
➡sistem
➡tindakan (berani, luar biasa dan konsisten)
➡intention (niat)
➡impian

perkara yg perlu jaga utk berjaya:
syukur
sujud
selawat
sedekah
silaturahim
bisnes wujud bila ada:
masalah
manusia (keinginan)
belajar dr kesilapan dan ikut je acuan orang yg berjaya!jgn terus mencipta alasan..
belajar lawan akal yg selalu nak kita hidup di zon selesa, takut utk mencuba sstu yg baru. kena selalu positif! lawan lawan dan lawan.
orang islam perlu kaya, untuk memartabatkan ekonomi islam, boleh bayar zakat byk2..bantu golongan susah..

resepi kejayaan dr ceo anis choc moist (income 10.4juta bulan lepas)
✔bergantung pd Allah
✔ilmu
✔tindakan
Fast Action! Fast Result!

Khamis, 15 Oktober 2015

Hidup memerlukan pengorbanan.





Assalamualaikum w.b.t
Selamat Pagi..
Salam Perjuangan

Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Tidak mudah utk senang dan
Tidak susah utk susah.
Bukan mudah untuk mencapai kejayaan jika tiada impian dan tindakan susulan.

Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..

Jika tujuan kita jelas,
Kita boleh mencapainya dengan mudah.
Masa depan itu di beli oleh masa sekarang.
Bertemu kita di puncak kejayaan..

Rabu, 14 Oktober 2015

Salam Maal Hijrah 1437H.





Assalamualaikum...
Selamat Pagi...

Salam Maal Hijrah 1437H.
Salam Perjuangan ke arah yg lebih baik.

Doaku buatmu..
Ya Allah..
Permudahkanlah urusan kami didunia mahupun diakhirat,
Lindungilah insan2 yg kami sayangi,
Jauhilah kami dari kejahatan dan kemungkaran, dan
Tunjukkanlah kami jalan yg lurus, jalan yg benar dan jalan yg Engkau Redhai...
Aamiin Ya Allah.

Dalam usaha utk lakukkan perubahan...
Berhentilah mencari alasan demi alasan.
Jangan persoalkan kenapa kita tidak boleh berjaya,
Sebaliknya mulailah mencari jawapan bagaimana untuk menjadi berjaya.
Oleh itu percayalah semua masalah dan rintangan yang kita hadapi bukanlah untuk melemahkan kita.... Justeru ianya menjadikan diri kita lebih kuat, lebih dewasa, lebih bijaksana, lebih matang,lebih sabar dan lebih dekat denganNYA.

Terus Pandu diri anda Fikiran anda kearah Positif hebat & berjaya....

Bertemu kita di Puncak Kejayaan..
Aamiin.



Ahad, 6 September 2015

Hutang Dhuha




Assalamualaikum w.b.t..shbt hati..yg dberkati Allah s.w.t
Selamat pagi..
Selamat bhujung minggu..
Salam dhuha..
Sharing menarik pagi ni....

BAB 31 : Hutang Dhuha
Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha
Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…
Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha

Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?
Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari..biiznillah.


Jumaat, 28 Ogos 2015

SAPA NAK KAYA.... TIPS Jadi kaya dunia akhirat



Lama HB x update pasal mutiara ilmu...
Terjumpa tip ni dari rakan biz...
kredit pd Ain Raduan atas tip ni ya....
HB share di sini...

**********************************************


SAPA NAK KAYA????
TIPS Jadi kaya dunia akhirat!!!!!

Saya nak share ilmu pagi jumaat ni agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.
Awak ada masalah kewangan??
Awak ada masalah Kesihatan??
Awak ada masalah kebahagiaan??
Awak ada masalah Keberkatan??
Nak cari jalan keluar?

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dan kita kaya beramai2....
(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah.
  Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha,
   buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Hari ni tanam dalam diri tak nak sembang ngan kawan opis pasal org lain,
   tak nak baca atau tulis yg bukan2.
   Nak zikir dan sebut nama Allah ja.
   Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch nanti ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4)Solat zuhur, asar , maghrib, isya di awal waktu,
   Habis solat terus berdoa.
   Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat.
   Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen
  (kalo xjmpa org mintak pun sedekah je la kt sape2..)

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri ,
   kenapa ujian datang kat aku, mungkin aku pernah buat salah.
   Buang ego dan kaji sedalamnya..
   Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.
   Buat dan amalkan setiap hari...

InshaAllah akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!!!
WaAllahu Alam...

Khamis, 30 Julai 2015

Apakah Erti Kejayaan !!!


Kredit to : http://berubahjadikaya.weebly.com/


Fokus pada hal yang penting dalam hidup dan murah hati.
Kekayaan juga adalah mengembangkan potensi diri ( akal dan hati) memanfaatkan semesta alam.

Kebebasan waktu dan kewangan akan mengikutinya lalu digunakan untuk membantu memakmurkan dunia, membantu sesama insan sebagai penguat ibadah untuk kepentingan umum.Hanya orang yang memiliki keyakinan dan kekuatan pada impiannya yang sanggup mengalahkan para pencuri impian.

Banyak pengalaman membuktikan sesuatu yang susah itu hanya peringkat awal.
Ketika bersusah dan masa berlalu pada akhirnya setiap kesulitan pasti dapat diatasi dengan mudah bahkan semakin mudah dan perolehi kejayaan.

Jangan cari alasan..dapatkan penyelasaian untuk kejayaan..

Tahukah Anda?
Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup!..
Ianya Bermula Dari "Rezeki Yang Diberkati.."

Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang?
Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi..
Lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.

Sering dibelengu hal-hal seperti kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais di rumah rosak, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi.
Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. ..
Agak sukar untuk membuat sebarang simpanan.
Lebih malang lagi... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan.

Nak kata gaji kecil? Tidak juga!...
Nak kata suka enjoy? Tidak juga!...
Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!...
Jadi? Apakah Masalah Yang Sebenarnya?
Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang.
Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata.
Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah.
Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA.
Ia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.

Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita..
Si Bapa yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak telah diculik
Banglo mewah yang ranap akibat tanah runtuh
Kereta baru yang terjunam ke dalam lombong
Si muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya..
dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..

Apakah Tanda Rezeki Anda Diberkati Atau Tidak?
Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang besar.
Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.

Ada pula yang hidup sederhana,
Namun kehidupannya tenang dan bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.

Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.

Rahsia BERUBAH JADI KAYA dan Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah serta Diberkati..
Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin.. bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah rezeki yang diberkati atau tidak.
Ia sebenarnya terletak pada rasa "syukur" yang wujud dalam diri.
Namun begitu, ramai yang terkeliru dengan pengertian syukur ini dan kurang jelas dengan hakikat sebenar "rasa syukur" dan "Keikhlasan" ada pada dalam diri sanubari....

..ANDA BILA NAK MULA ?

...BUAT TERUS.... LAKUKAN SAJA........

....PEDULI ORANG NAK KATA..
Bertindak........SEKARANG!!!!

PELUANG Untuk ANDA BUKTIKAN
Untuk KAYA dan BERJAYA, Anda kena BERUBAH.

Apa yang anda perlu ubah?
Ubah SIKAP anda, kerana sikap adalah anda jadi Begini,begitu.
Ubah penggunaankan MASA ,
Belajar dari Orang Berjaya.
Jangan Bertangguh,
Jangan dengar dengan pencuri IMPIAN.

INGAT!!!
Untuk Berjaya, ikut cakap orang telah berjaya.
Jangan bertangguh.
Cari jalan bukan Cari Alasan.
Anda telah BERDOA untuk menyelesaikan masalah anda kepada TUHAN.
Tidak Anda terfikir bahawa Setiap PELUANG yang datang bukan suatu kebetulan?

Tidak ADA KeBETULAN DI DALAM DUNIA INI...
Semuanya telah ditentukanNYA.
Oleh itu.....Bertindak sekarang Juga.


Bagaimana Kita Membina Jati diri





Ciri-ciri untuk menjadi seorang usahawan berjaya, atau boleh juga diaplikasikan dalam bidang yang lainnya. Berniaga MLM, Pensyarah yang berjaya, pelajar yang berjaya, atau sesiapa juga  yang ingin berjaya…

1. Semangat dalam diri untuk berjaya yang sangat kuat
Semangat yang kuat dari dalam diri penting untuk kita terus mencapai kejayaan dalam bidang apa pun yang kita ceburi. Iya, kadang-kadang keadaan persekitaran menyebabkan kita down dan seperti hilang kekuatan diri. Jenuh mencari namun tetap tidak berjumpa. 
Owhh..sangat tertekan bila berhadapan keadaan begini. Tanya dalam2 kepada hati kecil kita, apakah sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini. Jika sudah menjumpai jawapannya, stick to it dan jadikan ia satu dorongan untuk mencapai apa yang kita mahukan.
Pedulikan apa orang nak kata, yang penting ianya tidak salah disisi agama dan etika kemanusiaan. Jika anda selalu berasa tiada semangat, cari alternatif untuk mengatasi masalah ini. Mungkin bersahabat dengan seorang yang bermotivasi tinggi agar lama-lama kita juga akan terikut dengan dirinya. Tapi tolong jangan pengaruh kawan anda jadi tidak semangat dan negatif seperti anda. Jika anda tidak mahu berjaya, jangan tarik sama kawan2 yang ingin berjaya. Suruh dia tarik tangan anda ke atas…Kita sama2 naik ke atas dan berjaya OK?

2. Percaya pada diri sendiri
Percaya kita mampu lakukan apa yang perlu kita lakukan. Tak tahu tidak semestinya tiada, kadang kala kita tidak pernah mencuba sesuatu yang bagi kita bukan bidang kita. Sedangkan kemahiran itu sudah ada dalam diri kita. Cuma tidak pernah dicungkil dan diadakan. So, jangan takut untuk mencuba. Percaya pada keupayaan diri kita, orang lain akan percayakan kita. Saya juga sering menghadapi masalah ini, so jangan risau kalau anda juga berasa seperti saya. Jom sama2 kita perbaiki diri ok.

3. Bersedia untuk berubah
Sentiasa bersedia untuk berubah, cuba baca satu buku ini ” who moved my cheese”. 
Sangat bermotivasi tinggi. Jangan terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang, kadang kala kita perlu berubah untuk capai kejayaan yang lebih tinggi. Jangan ingat kitalah yang paling terbaik sekali, dan orang lain perlu berubah seperti kita. Tapi please jangan jadi lalang, yang tidak ada pendirian diri sendiri.

4. Sentiasa bermotivasi tinggi dan bertenaga
Jelas dengan apa yang kita mahu capai akan menjadikan kita lebih bermotivasi tinggi. 
Namun untuk berjaya tidaklah semudah yang kita sangka. Allah pasti uji kita dengan pelbagai dugaan sebelum kita berjaya. Tang ni la kita perlu sentiasa motivasikan diri supaya tidak berhenti separuh jalan. Do keep moving ok?

5. Menerima teguran dan kritikan
Kita hanyalah manusia biasa, jadi sering melakukan kesilapan. So terima kritikan dan teguran dengan hati terbuka. Jangan terlampau simpan di dalam hati, nanti boleh sebabkan penyakit kanser hati 
(eh…ni saya tipu je ok, tapi kalau hari2 hati sakit lebih kurang cam kanser hati la kan)..
Dan juga jangan segan untuk memberi teguran kepada orang lain untuk kebaikan dirinya. 
InsyaAllah, sama-sama kita mendapat manfaat. Gunakan teguran yang paling berhikmah utk keselesaan kedua2 pihak. Maki hamun tidak digalakkan ye!!

6. Tidak menyalahkan orang lain
Tidak meletakkan tanggungjawab kita pada orang lain. Bila tidak menjadi, sering menyalahkan orang lain. Salah sendiri memang tidak sedar. Owhhh..sila jangan begitu. Pastinya kita bertanggungjawab atas setiap keadaan yang melibatkan diri kita. Ini kalau salah buat keputusan, orang lain jugak yang disalahkan. Sedangkan jika kita salahkan orang lain, perkara tersebut tetap tidak kan berubah.
Semoga sama-sama mendapat manfaat dalam membina diri yang lebih berjaya dalam apa jua bidang yang bakal kita ceburi.
Kredit To : http://berubahjadikaya.blogspot.com/





Sabtu, 30 Mei 2015

Peringatan Buat Semua Termasuk Saya



6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.

Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tgk jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih gelap, hitam pekat macam malam..mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalo jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?..keesokkan pun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari..

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara  berjemaah..tapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi..

Bismillahirrahmanirrahim.
Kenapa kita tidur time Allah memanggil? 
Tapi kita sanggup tahan mengantuk saat menonton filem selama 3 jam?

Kenapa kita bosan saat baca al-qur'an? Melainkan kita lebih rela menghabiskan masa membaca timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

Kenapa kita senang sekali mengabaikan pesanan dari Allah? Tpi kita sanggup memforward pesan yang aneh-aneh?

Kenapa masjid semakin banyak tetapi penghuninya amat sedikit sekali? Tapi bar dan club? semakin ramai pengunjungnya?

Kenapa kita lebih sangat senang memuja-muja dan menyembah ARTIS? Tapi sangat susah untuk menyembah dan berzikir kepada  ALLAH? Pikirkan itu    



Bacalah mesti seronok
KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn:
          - Kemunculan Imam Mahdi
          - Kemunculan Dajjal
          - Turunnya Nabi Isa (AS) 
          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
          - Pintu pengampunan akan ditutup
          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
          - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati 
            shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
          - Pemusnahan/runtuhnya Kabah
          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang 
            dan ketakutan
          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan 
             yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali
         
          Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku  buatkan tempat 
            di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
         
           Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang  terlalu penting tapi bila kirim yang
          berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.
         
          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat
          denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"
         
          Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda 
           akhirat.          

          Kerugian meninggalkn solat:
          Subuh:
          Cahaya wajah akan pudar.

          Zuhur:
          Berkat pendapatan akan hilang.

          Asar:
          Kesihatan mulai terganggu.

          Maghrib:
          Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.

          Isya':
          Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

           Kongsikan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama..
          Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)
         
          Nasihat Kubur:         
         
          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. 
               aku dengan TAHAJUD
         
          2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM..
         
          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak 
               baca AL-QUR'AN.
         
          4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan 
               Amal SEDEKAH,
         
          5). Aku yg menyepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu 
               dengan SOLAT
         
          6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, 
               bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
         
          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu 
               dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
         
            
Ada 3 Hal dlm hidup yg   tidak boleh kembali :
          1. Waktu
          2. Kata-kata
          3. Kesempatan


K: Kiblat
A: Arah
A: Aku
B: Bersujud hingga
A: Akhir
H: Hayatku